125 pintu masuk negara bakal dilengkapi 635 sistem ‘autogate’

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memasang 635 sistem pintu automatik atau ‘autogate’ di 125 pintu masuk negara menjelang 2028 sebagai usaha menangani sebarang manipulasi kemasukan ke Malaysia secara tidak sah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan tersebut merupakah langkah ke arah perkhidmatan pendigitalan melalui autogate, yang akan meminimumkan interaksi manusia di pintu masuk.

Bermula Disember ini katanya, sistem itu akan dipasang di Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar di Johor; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching; Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Pada Mac 2028, kita akan laksanakan kesemuanya. Rekodnya adalah biometrik, pengecaman wajah dan iris serta cap jari, semua ini dengan sendirinya akan membolehkan isu manipulasi dapat diatasi.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam proses melaksanakan ujian bukti konsep (POC) bagi penggunaan kamera badan (BWC) bagi petugas imigresen di pintu masuk negara, terutama KLIA

“Perolehan akan dilakukan pada September tahun ini, dengan harapan kita akan dapat kelulusan 614 BWC dan ini akan dapat meningkatkan prestasi perkhidmatan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen (PH) Petaling Jaya terhadap masa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu rasuah dan penyelewengan secara menyeluruh di Imigresen KLIA berikutan isu sindiket ‘Fly’ dan ‘U-turn’ yang memalukan imej negara.

Pada masa sama, Saifuddin memaklumkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) juga akan bekerjasama secara strategik dengan polis, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan pasukan keselamatan penerbangan untuk melaksanakan sistem penapisan penumpang lanjutan.

“Melalui maklumat penumpang lanjutan di bawah sistem ini, ia akan membabitkan 10 daripada 56 syarikat penerbangan yang beroperasi, yang akan bermula pada hujung tahun ini.

“Dengan sendirinya, maklumat ketibaan pengembara akan diketahui lebih awal sebelum menjejakkan kaki ke negara ini,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan, Ahli Parlimen (PN) Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh mengenai tindakan diambil terhadap pegawai yang terbabit aktiviti “counter setting” dan penyelewengan di KLIA, Saifuddin berkata tahun lalu saja seramai 26 pegawai dibuang kerja dan lapan pegawai dikenakan tindakan sama pada 2023.

“Bagi 50 kes ‘phantom traveler’, semua kes ini ditangani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mana dua sudah dituduh di mahkamah.

“Bagi baki 48 kes lagi, SPRM mengangkat syor untuk tuduh, siasatan dalaman dan juga siasatan tatakelola,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan