Jalur Gemilang terbalik insiden tidak masuk akal – Pakar sejarah

PAKAR sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam menyuarakan kekecewaan mendalam terhadap insiden pengibaran bendera Jalur Gemilang secara terbalik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Port Dickson, baru-baru ini.

Ramlah menyifatkan kejadian itu sebagai satu kesalahan yang tidak wajar berlaku, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sebuah institusi pendidikan yang seharusnya menjadi contoh dalam memupuk semangat cintakan negara.

“Tak masuk akal langsung. Sudah lebih 60 tahun kita merdeka, setiap tahun sambutan Hari Kebangsaan diraikan, takkan perkara asas seperti cara mengibarkan bendera pun masih gagal difahami,” katanya kepada The Malaysia Press pada Isnin.

Beliau turut mempersoalkan kewibawaan pihak pengurusan sekolah yang didakwa cuai hingga menyebabkan bendera dikibarkan secara terbalik.

“Guru yang bertanggungjawab sepatutnya menyemak dan memastikan bendera dipasang dengan betul. Takkanlah tiada sesiapa yang perasan? Pengetua, guru, bahkan ibu bapa pun patut peka dengan perkara seperti ini.

“Kalau benar ia kesilapan, saya tetap rasa itu tidak munasabah. Ini sekolah kerajaan, bukan premis persendirian. Tindakan ini amat mengecewakan dan memalukan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa tidak cukup sekadar memohon maaf bagi menutup isu ini, malah menuntut akauntabiliti yang lebih tegas daripada pihak sekolah.

“Jangan fikir hanya dengan kata ‘maaf’ semuanya selesai. Ini soal maruah negara. Saya rasa individu yang terlibat patut letak jawatan. Kalau bukan disengajakan pun, ia tetap satu kecuaian yang sangat serius,” ujarnya.

Justeru, Ramlah juga mengingatkan bahawa perbuatan mempamerkan Jalur Gemilang secara terbalik bukan sahaja menunjukkan kurangnya kefahaman tentang simbol kenegaraan, malah boleh menimbulkan sentimen negatif terhadap semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Insiden bendera terbalik itu dilaporkan berlaku pada 1 Ogos lalu apabila seorang pekerja sekolah dikatakan tersilap memasang Jalur Gemilang.

Pihak sekolah kemudian tampil memohon maaf dan menyifatkan insiden itu sebagai tidak disengajakan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil sebaik sahaja laporan lengkap diperoleh.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan