
Menurut kenyataan rasmi pada Isnin, laporan tersebut diterima daripada Cawangan Sabah pada 3 Ogos dan di Ibu Pejabat Putrajaya pada 4 Ogos.
“Proses penilaian ini merangkumi semua aspek undang-undang dan fakta yang dikemukakan bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah berlandaskan undang-undang serta memenuhi prinsip keadilan,” kata kenyataan itu.
Jabatan Peguam Negara memaklumkan sebarang keputusan berhubung kes berkenaan hanya akan diumumkan selepas penelitian terhadap laporan siasatan awal selesai dilaksanakan sepenuhnya.
Dalam masa sama, orang awam diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan spekulatif yang boleh menjejaskan proses siasatan dan keadilan.
“Jabatan ini menghargai kerjasama semua pihak dan menggesa orang awam untuk mengelak daripada membuat sebarang kenyataan bersifat spekulatif,” katanya.
Kes kematian Zara Qairina telah mencetuskan perhatian umum dan desakan pelbagai pihak supaya siasatan dijalankan secara menyeluruh dan adil.






