Pengisian santai pupuk semangat patriotik belia Sabah

KOTA KINABALU – Kuiz kenegaraan, aktiviti kibar Jalur Gemilang dan pendakian bukit secara berkumpulan menjadi antara pengisian utama yang berupaya memupuk semangat patriotik dalam kalangan peserta, khususnya generasi muda.

Peserta program, Michelle Tang Ka Yee berkata pendekatan tersebut secara tidak langsung membentuk kesedaran sivik dan kebangsaan yang semakin pudar dalam kalangan anak muda.

“Untuk kuiz, ia bagi banyak manfaat dari segi patriotik iaitu memberi kesedaran sebab orang muda sekarang kebanyakannya kurang semangat patriotik.

“Sebab dalam program ini ada kuiz kenegaraan, jadi dengan adanya kuiz ini sedikit sebanyak para peserta akan dapat belajar bersama-sama,” katanya ketika ditemui waratawan TMP semasa Program Hasrat MADANI anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Bukit Janggut, Sepanggar, di sini pada Sabtu.

Tambahnya, program ini turut memupuk gaya hidup sihat yang mana memberi kesedaran tentang kepentingan bersukan, sekali gus menjadi motivasi untuk lebih aktif bersukan pada masa akan datang.

Sementara itu, Hani Maisara Sari Saripuddin pula menyifatkan program ini sebagai satu peluang untuk membina jaringan sosial dengan peserta dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia.

“Saya rasa gembira dapat jumpa individu dari pelbagai peringkat usia sebab macam kami ini pelajar kami selalu berjumpa dan berkomunikasi dengan sesama pelajar yang berada pada peringkat umur yang sama.

“Jadi ini dapat meluaskan lagi rangkaian sosial. Saya juga gembira sebab dapat bersama-sama mendaki bukit sebagai satu kumpulan,” katanya kepada wartawan TMP.

Hani yang juga merupakan pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, ia memberi pengalaman positif yang baharu untuk dirinya.

Sebagai rekod, kira-kira 50 orang peserta telah menyertai program ini yang diisi dengan aktiviti menarik seperti pendakian Bukit Janggut, Sepanggar sejauh 600 meter, acara kibar Jalur Gemilang di puncak bukit dan kuiz kenegaraan.

Menerusi pendekatan santai dan berimpak, program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat cintakan negara sempena bulan kebangsaan, malah memberi ruang kepada peserta untuk mendalami nilai perpaduan dan kecergasan fizikal secara bersama.

Program turut dihadiri oleh Pengarah JKOM Sabah dan W.P Labuan, Milus Alu@Abd Wahad, Timbalan Pengarah JKOM Sabah dan W.P Labuan, Busmin Brahim dan warga kerja JKOM.

Related Posts

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan menghadapi prosiding reman berasingan sebelum menghadapi pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen 2, pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

ADUN Gombak Setia bebas tuduhan kenyataan timbulkan kegusaran awan

ADUN Gombak Setia bebas tuduhan kenyataan timbulkan kegusaran awan

PH pertahan prinsip, pesalah rasuah perlu jalani hukuman penuh

PH pertahan prinsip, pesalah rasuah perlu jalani hukuman penuh

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah