Pempengaruh Kuching jadi mangsa video AI palsu promosi judi haram

KUCHING – Seorang pempengaruh media sosial dari Kuching, Yi Pin, tampil membuat laporan polis selepas mendapati dirinya menjadi mangsa penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) apabila video asal miliknya disunting dan digunakan bagi mempromosikan laman web judi dalam talian secara haram.

Yi Pin hadir ke balai polis pada Rabu, ditemani Pengerusi Pengasas International Legacy Education Foundation, Wynson Ong Teck Ping bagi membuat laporan rasmi susulan penyebaran video palsu tersebut yang mencemarkan nama baik serta reputasinya sebagai individu bebas daripada sebarang aktiviti perjudian.

“Saya tidak pernah terlibat dengan sebarang aktiviti judi, apatah lagi mempromosikannya. Tindakan ini telah menjejaskan maruah dan nama baik saya,” tegas Yi Pin ketika ditemui media selepas membuat laporan.

Difahamkan, video palsu berkenaan dihasilkan menggunakan rakaman siaran langsung milik Yi Pin yang disunting dengan teknologi AI sehingga menampakkan seolah-olah beliau menyokong dan menjadi duta kepada laman web perjudian dalam talian. Kandungan itu kemudiannya disebarkan secara meluas di media sosial serta pelbagai platform iklan dalam talian, sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengikut dan orang awam.

Mengulas lanjut, Wynson Ong menegaskan penyalahgunaan teknologi AI oleh sindiket penipuan kini menjadi ancaman besar kepada keselamatan siber dan integriti masyarakat.

“Ini bukan isu individu semata-mata, tetapi satu isu serius berkaitan penyalahgunaan teknologi. AI kini digunakan secara salah untuk menghasilkan kandungan palsu yang boleh menipu orang ramai. Jika tidak dikawal, ia akan menjadi ancaman kepada masyarakat secara keseluruhan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pihaknya akan membantu Yi Pin membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mendesak agar kandungan video palsu tersebut diturunkan segera daripada semua platform digital.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa syarikat teknologi dan pengendali platform media sosial agar bertindak lebih tegas dalam menapis dan menyekat penyebaran iklan palsu berasaskan AI, terutamanya yang memanipulasi wajah individu tanpa kebenaran.

Wynson turut menjelaskan bahawa International Legacy Education Foundation akan mempergiatkan usaha memperkasa masyarakat dengan penganjuran program kesedaran awam, termasuk seminar mengenai teknologi dan keselamatan siber bagi mendidik orang ramai agar lebih celik digital serta berupaya mengenal pasti kandungan yang palsu.

“Majoriti masyarakat masih belum faham bagaimana teknologi boleh dimanipulasi. Kita perlu tingkatkan kesedaran dan pengetahuan supaya mereka tidak mudah terpedaya dengan kandungan yang kelihatan sah tetapi sebenarnya palsu,” ujarnya lagi.

Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak polis, dan ia sewajarnya menjadi peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah mempercayai kandungan atau iklan yang menggunakan wajah selebriti atau influencer, khususnya berkaitan pelaburan dan perjudian.

Orang awam turut dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap pautan atau iklan mencurigakan, serta segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau SKMM jika mengesan kandungan yang berpotensi memudaratkan.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat