Gaza lebih teruk daripada kem Nazi – Erdogan

PRESIDEN Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan keadaan di Gaza yang dilanda kebuluran akibat serangan berterusan rejim Zionis Israel kini lebih dahsyat daripada kem tahanan Nazi.

Beliau berkata, rejim Israel yang disifatkan sebagai ‘negara pengganas’ telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Palestin di Gaza selama 22 bulan, di kawasan yang hanya seluas 360 kilometer persegi.

“Negara pengganas Israel telah melakukan pembunuhan kejam terhadap saudara-saudara kita di Gaza selama 22 bulan dalam wilayah yang kecil.

“Mereka menggunakan kebuluran sebagai senjata, tindakan ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai nilai kemanusiaan,” katanya dalam sidang media bersama Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev di Ankara, semalam, lapor Anadolu.

Erdogan turut menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya negara Islam dan umat yang masih mempunyai hati nurani, agar bersuara lantang menentang kekejaman yang dilakukan oleh Israel.

“Situasi kemanusiaan di Gaza kini berada pada tahap yang amat kritikal. Kanak-kanak tidak bersalah menjadi mangsa, sama ada akibat peluru yang dilepaskan oleh tentera penjajah atau mati kelaparan,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa Turkiye akan terus melaksanakan tanggungjawabnya dalam isu ini dan berharap agar pihak yang melakukan kekejaman terhadap rakyat Gaza akan dihadapkan ke muka pengadilan serta dicatatkan dalam lipatan sejarah.

“Kami akan terus melakukan apa yang perlu dalam hal ini. Insya-Allah, kita akan menyaksikan hari di mana pelaku jenayah genosid terhadap rakyat Gaza dibicarakan dan diadili,” katanya.

Related Posts

Ahli Parlimen EU desak sekatan hak asasi terhadap Menteri Israel

AHLI Parlimen Eropah (MEP) dari Itali, Danilo Della Valle, mendedahkan bahawa beliau bersama 28 ahli parlimen yang lain telah menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan hak asasi manusia terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GSF sahkan semua kapal bantuan Gaza dirampas tentera rejim Zionis

PENGANJUR misi kemanusiaan ke Gaza, Global Sumud Flotilla (GSF), mengesahkan kesemua kapal dalam konvoi bantuan mereka telah dirampas oleh tentera rejim Zionis Israel pada Selasa. Menerusi satu kenyataan di aplikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman