Wan Rosdy bidas pihak mempolitikkan isu Thailand-Kemboja

KUANTAN – Pemimpin politik perlu menunjukkan kematangan dengan tidak mempolitikkan segala perkara, khususnya membabitkan isu hubungan antara negara dan kemanusiaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, konflik Thailand dan Kemboja ketika ini adalah perkara serius serta berpotensi mencetuskan krisis serantau, seterusnya memberi kesan langsung kepada Malaysia.

“Sejarah tidak boleh dilupakan. Ketika era Perang Vietnam dan kekejaman rejim Khmer Rouge, pantai di negara kita – terutama di Pantai Timur – menjadi tempat perlindungan bagi ribuan pelarian perang.

“Hari ini pula, kita masih menanggung kesan krisis pelarian Rohingya yang berpunca daripada penindasan junta tentera di Myanmar,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Rosdy menjelaskan langkah diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam memimpin usaha damai antara Thailand – Kemboja perlu didukung seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik.

Katanya, kejayaan Malaysia mempertemukan pihak bertelagah sehingga berjaya memeterai gencatan senjata adalah satu pencapaian yang wajar dibanggakan.

Beliau bagaimanapun kesal apabila segelintir pihak yang memperlekeh dan memperkecilkan usaha rundingan itu, termasuk menggunakan perumpamaan yang dianggap biadab.

“Tindakan ini bukan sahaja tidak matang, malah mencerminkan kedangkalan moral dan intelektual apabila politik sempit dijadikan neraca kepada segala-galanya.

“Lebih mengecewakan apabila ia datang daripada pemimpin yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat,” tegasnya.

Menurutnya lagi, sikap tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mencemarkan imej negara di mata dunia, malah memperlihatkan betapa rendahnya komitmen terhadap prinsip kemanusiaan dan perdamaian sejagat.

Related Posts

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan kenyataan segelintir pemimpin kerajaan yang seolah-olah menggambarkan pentadbiran negara tidak stabil sebagai sebahagian daripada perbahasan politik, dan tidak mencerminkan realiti sebenar kerajaan ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

POLITIK dan kuasa tidak seharusnya dijadikan matlamat akhir sebaliknya perlu diterjemahkan sebagai amanah untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat serta membina masa depan Malaysia lebih baik. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK