Polis tahan warga asing bersama syabu 2kg di Tawau

TAWAU – Tindakan pantas polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing dan merampas 2,062 gram syabu bernilai RM74,500 di kawasan Jalan Pelabuhan, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 22 tahun berkenaan ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi kerana mencurigakan semasa duduk di kawasan berkenaan dengan membawa beg galas.

“Pemeriksaan lanjut pada beg menemui satu paket plastik berwarna kuning keemasan ‘Guanyinwang’ dan satu paket ‘Freeso Dried Durian’ yang masing-masing mengandungi dadah jenis syabu.

“Bagaimanapun, ujian saringan air kencing mendapati saspek negatif dadah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tawau, pada Selasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menjual rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, petang semalam. Pasukan Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk secara haram 2,400 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand menggunakan sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lubok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan