Wynson Ong harumkan nama Sarawak di pentas antarabangsa

LONDON – Anak jati Sarawak, Wynson Ong Teck Ping, mengharumkan nama Malaysia apabila menerima King’s Award for Excellence 2025 serta Ijazah Kehormat Doktor dalam Advokasi Pengguna dan Pembangunan Komuniti dalam satu majlis berprestij yang berlangsung di Dewan Pertuanan British (UK House of Lords) pada 23 Julai lalu.

Anugerah berkenaan disampaikan sendiri oleh Lord Paul Martin, tokoh tersohor dalam bidang dasar awam dan masyarakat antarabangsa, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasa Wynson dalam memperjuangkan hak pengguna dan pembangunan komuniti.

Wynson merupakan antara 21 penerima dari seluruh dunia, dan hanya seorang daripada 11 individu yang terpilih menerima ijazah kehormat tersebut pada tahun ini.

“Penghormatan ini bukan sekadar kejayaan peribadi, tetapi cerminan kekuatan komuniti, budaya dan usaha kolektif,” katanya dalam ucapan penghargaan.

King’s Award for Excellence dianggap antara anugerah paling berprestij di United Kingdom, yang diberikan kepada tokoh global atas usaha mereka membawa perubahan positif, memupuk kerjasama rentas budaya dan memimpin dengan inovasi.

Pengiktirafan ini sekali gus menjadi pencapaian membanggakan buat rakyat Sarawak dan Malaysia, membuktikan keupayaan anak tempatan bersaing di peringkat antarabangsa.

Difahamkan, Wynson sebelum ini aktif menggerakkan pelbagai program komuniti yang memberi impak besar kepada masyarakat, termasuk inisiatif pemerkasaan pengguna serta pendidikan literasi digital khususnya di kawasan luar bandar.

Related Posts

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM9.62 juta bagi melaksanakan pelbagai projek naik taraf di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak yang bakal memberi manfaat kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih, Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih, Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

Terima keputusan PRN dengan hati terbuka, Elia Nadira tekad terus berbakti kepada rakyat Tenang

Terima keputusan PRN dengan hati terbuka, Elia Nadira tekad terus berbakti kepada rakyat Tenang

Onn Hafiz angkat sumpah Menteri Besar Johor penggal kedua petang ini

Onn Hafiz angkat sumpah Menteri Besar Johor penggal kedua petang ini

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran