456 tanah milik persekutuan diceroboh dalam tempoh 10 tahun

KUALA LUMPUR – Sebanyak 465 tanah milik Kerajaan Persekutuan di seluruh negara dikesan diceroboh serta diduduki secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab, dari tahun 2015 hingga Mei 2025

Menteri Perladangan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, daripada jumlah tersebut, 26 aduan melibatkan negeri Pulau Pinang membabitkan 18 lot tanah milik Persekutuan.

“Bagi melaksana tindakan penguatkuasaan ke atas tanah milik persekutuan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) akan melaksana penyelarasan bersama dengan agensi penguatkuasaan dan kementerian serta jabatan pengguna.

“Dalam hal ini, notis penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara akan dikeluarkan kepda penceroboh bagi tujuan pengosongan tapak dan seterusnya KJP (Kementerian-kementerian/Jabatan-jabatan Persekutuan) di atas tanah tersebut hendaklah ambil tindakan mengawal untuk mengelakkan pencerobohan berulang,” katanya ketika pertanyaan bagi jawapan lisan di persidangan Parlimen, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Parliman (PN) Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad yang bertanyakan perincikan jumlah tanah milik persekutuan yang diceroboh di seluruh negara khususnya di Pulau Pinang dan apakah tindakan kepada pihak penceroboh dan adakah terdapat perancangan pembangunan tanah milikan Kerajaan Persekutuan.

Bagi menjawab pertanyaan tambahan Siti Matura berkenaan pemantauan berkala diambil kerajaan bagi memastikan tanah persekutuan tidak lagi diceroboh, Johari memaklumkan, antara tindakan yang diambil termasuk memasang papan tanda larangan, membina pagar, mengupah pengawal keselamatan serta merobohkan struktur haram yang dibina di atas tanah milik kerajaan.

Katanya, tanah terbabit diceroboh, ada antaranya dijadikan kawasan perumahan, perniagaan serta pertanian

“Ada juga tindakan sangat ekstrem mereka tidak mahu keluar ada struktur, maka kita akan bawa ke mahkamah dan kalau didapati bersalah, dia punya denda tidak melebihi RM500,000.

“Itu salah satu tindakan diambil oleh Kerajaan Persekutuan dan kebanyakan mereka yang guna tanah persekutuan ini adalah rumah setinggan, kadang-kadang bisnes yang diguna masuk untuk buat berniaga (seperti) gerai makan dan juga car wash (kedai cuci kereta),” katanya.

Related Posts

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

AYER KEROH – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil tidak mengetahui mengenai dakwaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun