Dua operasi berasingan, Polis Marin Sandakan rampas rokok, minyak subsidi

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok dan minyak bersubsidi dalam dua operasi berasingan.

Menurut kenyataan PPM Sandakan, operasi pertama yang dijalankan pada pukul 7.20 malam di sebuah rumah di kawasan Batu 11, di sini, membongkar sebuah tempat penyimpanan rokok seludup.

“Dalam serbuan yang dilaksanakan bersama Unit Gempur Marin (UNGERIN), pasukan berjaya merampas 332,800 batang rokok pelbagai jenama selain menahan tiga lelaki warga asing berumur antara 31 hingga 51 tahun bagi membantu siasatan.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah RM403,200 dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 serta Akta Imigresen 1959/63,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Sementara itu, di Kota Kinabatangan, operasi hasil maklumat awam mengenai penyeludupan minyak subsidi turut membuahkan hasil apabila dua kenderaan, masing-masing jenis lori dan ‘single cab’ bersama 3,000 liter minyak diesel berjaya dirampas.

“Tiga warga asing ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM363,840 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Imigresen 1959/63,” jelas kenyataan itu.

PPM Wilayah 4 Sabah menyeru orang ramai terus menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula