MADA, JKR kerjasama bina pagar penghadang di Sungai Korok

JERLUN – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengadakan perbincangan awal bagi melaksanakan projek pembinaan pagar penghadang dan kerja penyelenggaraan di terusan Sungai Korok.

Ia susulan tragedi enam sekeluarga maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai itu pada 5 Julai lalu.

Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, perbincangan itu turut mengambil kira aspek keselamatan dan keperluan penyelenggaraan sungai buatan berkenaan yang dibina sejak tahun 1970-an untuk tujuan pengairan pertanian.

“Langkah ini bukan hanya untuk keselamatan jalan raya, tetapi juga penting bagi memastikan kelancaran sistem saliran yang diselia MADA.

“Kalau diperhatikan garisan penanda itu sudah ada, dan saya percaya cadangan ini yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika lawatannya tempoh hari adalah wajar dan disambut baik oleh JKR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tapak program penanaman padu lima musim dalam tempoh dua tahun di kawasan Muda di Batu 7, Kampung Kemboja, Ayer Hitam, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Ismail berkata, penghadang jalan akan dipasang terlebih dahulu sebelum kerja menaik taraf terusan dijalankan bagi memastikan aliran air tidak terganggu dan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

“Kerja penyelenggaraan sungai tidak akan dilakukan dari tepi jalan, sebaliknya menerusi laluan khas yang akan dibina di bahagian bertentangan,” katanya.

Pada 8 Julai lalu, dilaporkan kerajaan akan meneliti cadangan membina pagar penghadang dan memasang lampu jalan di sepanjang laluan berhampiran Sungai Korok di sini, susulan tragedi mengorbankan enam beranak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan itu akan dibawa kepada perhatian JKR bagi memastikan aspek keselamatan di kawasan berkenaan ditambah baik.

Tragedi pada 7 Julai lalu meragut nyawa enam sekeluarga apabila kereta dinaiki pasangan suami isteri dan empat anak mereka terbabas ke dalam terusan itu.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula