Kerajaan perluas perkhidmatan e-Kesihatan melalui rangkaian NADI

PAPAR – Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memperluaskan perkhidmatan e-kesihatan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) seluruh negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif ini termasuk penggunaan teknologi penghantaran ubat menggunakan dron dari NADI ke klinik kesihatan, khususnya di kawasan pedalaman yang sukar diakses.

“Kerjasama  akan diperluaskan ke semua NADI di seluruh negara. 

“Kita berhasrat menyediakan perkhidmatan e-kesihatan bagi meringankan beban rakyat terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas menghadiri Majlis Hari Bersama Komuniti di NADI Kampung Langkuas Papar, pada Rabu.

Tambahnya, beliau berkata, kemudahan internet berkelajuan tinggi yang tersedia di NADI membolehkan pelaksanaan perkhidmatan seperti saringan kesihatan jarak jauh tanpa kehadiran fizikal pesakit ke klinik.

“Teknologi dron untuk penghantaran ubat masih di peringkat awal dan memerlukan perbincangan lanjut bersama pelbagai agensi khususnya berkaitan aspek logistik dan keselamatan.

“Perjalanannya mungkin berliku kerana ia melibatkan penyelarasan pelbagai agensi, namun asasnya adalah rangkaian internet yang laju dan kerjasama erat antara MCMC, Kementerian Komunikasi dan KKM,” katanya.

Terdahulu, semasa Program MADANI Rakyat di Tawau, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyaksikan demonstrasi penggunaan dron untuk penghantaran ubat-ubatan.

Fahmi berkata, selepas ini perbincangan akan diadakan untuk mengenal pasti rangkaian antara NADI dan klinik kesihatan berdekatan bagi memperkasa pelaksanaan sistem e-kesihatan secara menyeluruh.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap