Vesel, tongkang beroperasi tanpa dokumen sah ditahan di perairan Miri

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menahan sebuah vesel tunda bersama sebuah tongkang yang dikesan beroperasi tanpa dokumen perkapalan sah di perairan Miri dalam satu operasi penguatkuasaan, Selasa lalu.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, kedua-dua vesel tersebut ditahan pada jam 11.40 pagi hasil rondaan Operasi Permai 01/2019 dan Operasi Tiris 3.0 di kedudukan kira-kira 7.4 batu nautika utara Kuala Baram.

“Pemeriksaan mendapati nakhoda gagal mengemukakan Surat Pelepasan Pelabuhan serta Lesen Perkapalan Dalam Negeri, yang merupakan dokumen wajib di bawah undang-undang negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, seramai tujuh kru termasuk nakhoda, semuanya warga Indonesia berusia antara 20 hingga 54 tahun turut ditahan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana gagal mengemukakan Surat Pelepasan Pelabuhan dan Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana tidak memiliki Lesen Perkapalan Dalam Negeri,” jelasnya.

Mohd Khairol menegaskan, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang di perairan negara dan operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti mencurigakan atau kejadian kecemasan di laut agar menyalurkan aduan ke Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri di talian 085-649111, Maritim Negeri Sarawak di 082-432544 / 082-432016, atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Foto: Zon Maritim Miri

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa