PKR Sabah sambut baik pengumuman PMX, agenda MADANI perlu diteruskan

KOTA KINABALU – PKR Sabah menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menzahirkan penghargaan besar kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan kesabaran dalam tempoh pemulihan ekonomi negara.

PKR Sabah menerusi kenyataan bersama berkata, sokongan teguh kepada Perdana Menteri dan agenda MADANI perlu diteruskan demi kesejahteraan rakyat.

“Pengumuman ini merupakan satu pengiktirafan bahawa rakyat adalah nadi sebenar kepada kemajuan negara di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

“Langkah-langkah segera yang diumumkan oleh Perdana Menteri seperti pemberian RM100 one-off SARA kepada semua rakyat dewasa, cuti tambahan Hari Malaysia, pelaksanaan Jualan Rahmah MADANI.

“Pembekuan kenaikan tol serta pengurangan harga RON95 kepada RM1.99 seliter jelas membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat secara langsung dan menyeluruh,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Jelasnya, usaha-usaha ini tidak hanya menunjukkan kepekaan Kerajaan MADANI terhadap realiti hidup rakyat tetapi juga membuktikan pentadbiran hari ini bersedia mengambil tindakan tegas dan proaktif untuk menangani beban sara hidup yang ditanggung rakyat.

“Begitu juga dengan peluasan program Jualan Rahmah MADANI ke seluruh 600 kawasan DUN yang memberi ruang kepada penduduk luar bandar untuk mendapatkan barangan asas pada harga yang lebih rendah tanpa perlu bergantung semata-mata kepada kedai-kedai utama di bandar,” ujarnya.

Tambahnya, pemberian tunai ‘one-off’ melalui MyKad kepada semua dewasa berumur 18 tahun adalah langkah progresif yang menzahirkan rasa penghargaan kerajaan kepada setiap individu atas peranan mereka dalam pemulihan negara.

Parti PKR Sabah menyatakan keyakinan penuh terhadap langkah-langkah pembaharuan yang sedang digerakkan oleh kerajaan semasa.

Sehubungan itu, mereka menyeru rakyat Malaysia agar terus memberi sokongan kepada Kerajaan MADANI yang jelas menunjukkan kesungguhan dan komitmen dalam membela nasib rakyat, memulihkan ekonomi negara serta memperkukuh perpaduan nasional.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung