Ekonomi Malaysia di landasan kukuh – PMX

PUTRAJAYA – Ekonomi Malaysia ketika ini berada di landasan kukuh dan meyakinkan walaupun timbul segala keresahan serta kekangan yang berlaku dalam memperkasa perkara tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan terus menambah baik ikhtiar menerusi Belanjawan MADANI keempat pada Oktober ini sebagai kesinambungan kepada usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

Menurutnya, prestasi ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.4 peratus bagi suku pertama tahun ini, bukan sahaja diakui di dalam negara, malah turut mendapat pengiktirafan antarabangsa.

“Berdasarkan unjuran awal, suku kedua bakal mencecah 4.5 peratus. Malaysia melonjak 11 anak tangga ke kedudukan 23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025.

“Lebih penting, ringgit turut mencerminkan keyakinan yang kian pulih. Setakat pertengahan tahun ini, ringgit mengukuh lebih 5.0 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), iaitu terkini mencatat paras RM4.23,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika mengumumkan penghargaan untuk rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial, pada Rabu.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, prestasi tersebut telah meletakkan ringgit sebagai antara lima mata wang terbaik Asia tahun ini.

“Segala pencapaian data dan angka ini, seberapa membanggakan sekalipun, tidak membawa makna sekiranya rakyat di bawah masih bergelut dengan kos sara hidup.

“Pertumbuhan ekonomi meyakinkan membolehkan pelbagai ikhtiar meningkatkan darjat hidup rakyat dilaksanakan,” katanya.

Setakat 11.01 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2230/2305 berbanding dolar AS daripada 4.2300/2370 ketika ditutup, pada Selasa.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar