Pengumuman khas PMX cerminan Kerajaan MADANI hargai rakyat Malaysia

PUTRAJAYA – Ucapan penghargaan untuk rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri pada Rahu mempamerkan tekad Kerajaan MADANI untuk terus memelihara amanah dan kebajikan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, menerusi pengumuman khas itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penghormatan yang selayaknya kepada rakyat Malaysia yang menjadi tulang belakang kestabilan negara.

Menurutnya, kenyataan Menteri Kewangan itu juga menanam keyakinan bahawa reformasi fiskal sedang berjalan atas landasan yang betul dengan sokongan rakyat sebagai nadi utama di samping tegas pada dasar serta jelas pada hala tuju.

“Langkah-langkah yang diumumkan juga membuktikan keberkesanan dasar MADANI dalam membela rakyat tanpa mengira latar belakang dan kedudukan geografi.

“Sebagai anak Sarawak, saya melihat sendiri makna sebenar dasar menyeluruh. Kenaikan harga lantai padi, insentif getah, dan program akar umbi seperti Sejati MADANI menjawab keperluan rakyat luar bandar.

“Kampung Angkat MADANI diperluas ke 200 kampung dan sasaran 1,000 Sekolah Angkat MADANI menjelang akhir 2025 pastinya memberi manfaat kepada semua negeri. Begitu juga langkah memperluaskan Jualan Rahmah MADANI ke 600 DUN seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Dalam pada itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) turut menzahirkan penghargaan atas keberanian PETRA menyusun semula subsidi tenaga dan tarif elektrik yang mana mulai Julai ini, 85 peratus rakyat akan membayar bil elektrik lebih rendah sehingga 14 peratus.

“Pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 juga akan menyaksikan harga bahan api itu diturunkan kepada RM1.99 seliter manakala penjimatan subsidi boleh disalur semula kepada rakyat Malaysia, bukannya warga asing.

“Kesemua langkah yang diumumkan itu membuktikan reformasi tidak semestinya membebankan, malah ia memberi keadilan dan kelegaan kepada majoriti rakyat,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, Ahli Parlimen Petra Jaya itu yang juga Menteri Bertanggungjawab Terhadap Hal Ehwal Sabah Sarawak menyambut baik pengumuman Cuti Umum Tambahan pada 15 September 2025 sempena Hari Malaysia tahun ini.

“Ayuh semua marilah kita bersatu hati, berganding tenaga, terus mendukung agenda MADANI yang memberi makna kepada kehidupan rakyat.

“Dari kampung ke bandar, dari Semenanjung ke Borneo, semua rakyat berhak menikmati kemajuan yang adil dan saksama,” katanya.

Related Posts

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim supaya dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) disiasat secara menyeluruh, telus dan tanpa kompromi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

PUTRAJAYA – Penggunaan kontrak Wadiah Yad Dhamanah oleh Tabung Haji pada 2016 sehingga 2019 merupakan konsep zakat perniagaan secara khultah terhadap keseluruhan dana pendeposit yang dihimpunkan dan diuruskan oleh institusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

Pahang rangka dasar komprehensif tangani insiden pokok tumbang

Pahang rangka dasar komprehensif tangani insiden pokok tumbang