Sembilan kawasan rekod IPU tidak sihat

PUTRAJAYA – Sebanyak sembilan kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat petang tadi.

Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan, Alor Gajah di Melaka mencatatkan bacaan IPU tertinggi, iaitu 157 diikuti Seremban, Negeri Sembilan (155) dan Kemaman, Terengganu (153).

Tiga kawasan lain, iaitu Johan Setia di Selangor, Temerloh di Pahang dan Balok Baru di Kuantan, Pahang masing-masing merekodkan bacaan 152.

Nilai di Negeri Sembilan pula mencatatkan bacaan 138, Banting di Selangor (135) dan Cheras (132) turut merekodkan tahap IPU tidak sihat.

Menurut klasifikasi JAS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, yang boleh memberikan kesan kepada golongan berisiko tinggi termasuk warga emas, kanak-kanak serta individu yang menghidap penyakit pernafasan.

JAS dalam kenyataan terdahulu menasihati orang awam supaya mengurangkan aktiviti luar, memakai pelitup muka sekiranya berada di kawasan terbuka serta mendapatkan rawatan segera jika mengalami sesak nafas atau gangguan pernafasan.

Maklumat terkini mengenai bacaan IPU boleh disemak melalui laman sesawang https://apims.doe.gov.my.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi

KUALA LUMPUR – Keperluan agar isu kesihatan mental generasi muda diberi perhatian lebih awal sebelum tekanan yang dihadapi mereka membawa kepada tragedi. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula