Pemimpin ‘beriman’ tidak semestinya pandai urus tadbir negara

KENYATAAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengaitkan masalah ekonomi dan inflasi negara hari ini kononnya kesilapan rakyat kerana memilih pemimpin yang ‘tidak beriman’ serta menyokong fahaman liberal dan sekular mendapat pelbagai reaksi dari kepimpinan politik.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau sangat terkejut dengan kenyataan itu dan tidak bertanggungjawab kerana tidak berasaskan fakta.

Malah kenyataan itu hanya bertujuan untuk menanam elemen kebencian masyarakat kepada Kerajaan MADANI tanpa menyumbang sebarang penyelesaian.

Menurut Mahfuz, kenyataan itu bukan sahaja mengelirukan , malah menghina kebijaksanaan rakyat serta menunggang agama untuk menutup kegagalan politik sendiri.

“Menurut data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), kadar inflasi negara bagi Mei 2025 ialah 1.2 peratus dan terendah dalam tempoh 51 bulan, Malaysia setara dengan negara-negara seperti Korea Selatan (1.9%), Indonesia (1.6%) dan Filipina (1.3%).

“Ini menunjukkan bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan stabil dan terkawal hasil dasar fiskal serta subsidi bersasar yang dirangka dengan teliti oleh Kerajaan Perpaduan hari ini,” jelasnya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, Amanah menolak keras budaya memperalatkan agama untuk menghasut rakyat dan menuduh mereka yang berbeza pandangan politiksebagai tidak beriman atau perosak.

“Islam mengajar kita berlaku adil dalam menilai seseorang bukan berdasarkan parti , tetapi pada akhlak,ilmu dan kemampuan mentadbir.

“Menghukum rakyat kerana memilih secara sah dalam sistem demokrasi adalah satu penghinaan terhadap sistem yang kita sama perjuangkan sejak merdeka,” katanya.

Seandainya kenyataan Abdul Hadi tempoh hari itu adalah benar, maka kenapa negeri-negeri di bawah kepimpinan Pas yang dikatakan ‘pemimpin beriman’ seperti Kelantan dan Trengganu masih lagi dibelengu dengan masalah air , pelaburan dan pekerjaan?

Adakah negeri ini juga turut ditadbir oleh pemimpin yang tidak beriman dan spesies dari makhluk perosak?

Menurut Mahfuz, agama tidak boleh dijadikan perisai untuk menutup kelemahan dasar atau kegagalan tadbir urus.

“Keimanan dan integriti dalam politik mesti diterjemah dalam bentuk dasar yang adil, ekonomi yang mampan dan kebajikan untuk semua bukan sekadar ceramah atau retorik di mimbar dan pentas.

“Apa sumbangan Pas ketika jadi kerajaan ? Rakyat tidak lupa bahawa semasa mereka memegang kuasa, tiada reformasi struktur dan dasar populis yang ditinggalkan hanya melonjakkan lagi defisit sahaja.

“Kabinet semasa Pas berada dalam Kerajaan PN adalah ‘Kabinet Lori Sampah’ pada pandangan masyarakat hari ini yang tiada sebarang akta dibentangkan walaupun memerintah selama 33 bulan,” katanya.

Justeru, Amanah menyeru semua pihak untuk kembali kepada pilitik matang yang berakhlak berpaksikan kebenaran, fakta dan adab, bukan budaya mencela rakyat, menakut-nakutkan umat atau menyalahkan demokrasi .

“Kita berpolitik pada hari ini adalah tujuan untuk membina kehidupan rakyat dan bukannya menuduh dan membakar demokrasi yang kita amalkan selama ini.

“Rakyat Malaysia hari ini bukan lagi rakyat yang boleh diputarbelitkan dengan hujah retorik lama.

“Mereka kini mampu menilai dengan minda terbuka dan mahu melihat penyelesaian, bukannya sekadar menuduh,” katanya.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen