Ketua Hakim Negara: Terbukti tiada campur tangan PM, Himpunan Turun Anwar tak relevan

PELANTIKAN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu telah meleburkan segala kontroversi yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar campur tangan dalam pelantikan tersebut.

Pemerhati politik, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, pengumuman Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah telah mematikan segala kontroversi yang tercetus sebelum ini.

Minggu ini isu pelantikan kehakiman menjadi panas susulan muncul ura-ura khabar angin bahawa Perdana Menteri mahu menaikkan ‘pangkat’ bekas Peguam Negara yang kini Hakim di Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

“Yang lebih penting ialah pelantikan Wan Ahmad Farid ini ialah atas pertimbangan Majlis Raja-Raja, jadi tamatlah dakwaan ada usaha terancang, kebimbangan, kerisauan untuk jangka panjang (6 bulan) untuk Ahmad Terrirudin akan naik sebagai Ketua Hakim Negara.

“Dakwaan yang Anwar cuba mempengaruhi siapa yang akan jadi Ketua Hakim Negara, cuba menaikkan Ahmad Terrirudin sebagai Ketua Hakim Negara atau pun kebimbangan seorang hakim yang sedang disiasat oleh JAC.. Itu semua nampaknya sudah mati. Semuanya tidak benar,” katanya dalam klip video di Youtube, hari ini.

Sehari sebelum mesyuarat Majlis Raja-Raja berlangsung pada 15 Julai lalu, isu pelantikan kehakiman menjadi hangat yang kemuncaknya menyaksikan Badan Peguam Malaysia mengadakan perarakan kononnya untuk membela kebebasan kehakiman bermula dari Istana Kehakiman ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pada masa sama, Raggie menegaskan, pihak pembangkang sewajarnya memikirkan semula tindakan untuk mengadakan himpunan turun Anwar pada 26 Julai ini di ibu negara kerana ianya telah menjadi tidak relevan berikutan Perdana Menteri terbukti tidak menyalahi atau melanggari peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam pelantikan Ketua Hakim Negara.

“Dengan matinya isu kontroversi pelantikan kehakiman ini, maka tidak lagi timbul keperluan desakan agar Anwar turun, Anwar letak jawatan atau Anwar bercuti. Ia menjadi tidak relevan kerana isu ini menjadi asas kepada Himpunan Turun Anwar.

“Pencetusnya adalah kontoversi kehakiman ini. Gerakan ini mendesak Anwar perlu letak jawatan sebab kebimbangan lantik hakim tak betul yang akan memihak kepada Anwar tapi semua ini sudah runtuh, mati. Jadi himpunan ini tidak ada asas lagi,” katanya.

Bagaimanapun, Raggie berpendapat pembangkang tetap akan meneruskan agenda mereka untuk mengadakan perhimpunan tersebut kerana memang matlamat pembangkang yang mahu melihat kerajaan yang sedia ada runtuh.

“Saya yakin pembangkang akan teruskan perhimpunan ini kerana sebenarnya saya yakin ia tidak ada kena mengena dengan kontoversi kehakiman ini. Ianya kerana adalah pembangkang ini memang dari PRU15 sampai sekarang ini mereka tidak selesa hidup sebagai pembangkang dan memang nak jatuhkan kerajaan.

“Saya dah berapa kali mendesak mereka menjadi pembangkang yang baik, tetapi mereka tidak jadi. Mereka cuma nak runtuhkan kerajaan. Negara kita seolah-olah tiada pembangkang yang benar-benar menjalankan tanggungjawab pembangkang. Negara kita ada satu kumpulan yang bergiat cuma nak jatuhkan kerajaan,” katanya.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled