Pembinaan LRT Laluan Mutiara bermula selepas SRS Consortium terima notis

GEORGE TOWN – Kerja pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara secara rasminya bermula selepas kontraktor utama, SRS Consortium Sdn Bhd (SRS), menerima notis mula kerja daripada MRT Corporation (MRTC) pada 15 Julai lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, dengan penerimaan notis rasmi itu, kerja-kerja awal pembinaan seperti pemindahan utiliti, pelebaran jalan, kerja cerucuk tanah dan penyediaan tapak bina akan dijalankan di semua lokasi sepanjang jajaran LRT berkenaan yang telah mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

“Bagi pihak kerajaan Pulau Pinang, saya mengucapkan terima kasih atas notis yang diberikan. Proses pembinaan akan bermula seperti dirancang.

“Kita juga sedang menunggu keputusan tender bagi pelantikan kontraktor ‘turnkey’ untuk pakej CMC2 (jajaran dari Macallum ke Penang Sentral) serta pakej sistem rel Laluan Mutiara,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, projek mega itu menunjukkan perkembangan positif sejak awal tahun ini termasuk majlis pecah tanah projek di tapak stesen Bandar Sri Pinang serta pelantikan SRS sebagai kontraktor ‘turnkey’ bagi CMC1 pada Januari lalu.

“Terbaharu adalah pengeluaran notis mula kerja kepada SRS. Dalam masa terdekat, satu platform komunikasi strategik dan talian maklum balas akan diumumkan bagi semua projek mega yang sedang dan akan berjalan di negeri ini.

“Ia bertujuan membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini dan berinteraksi secara terus,” katanya.

Beliau turut memohon semua pihak khususnya rakyat Pulau Pinang supaya memberikan kerjasama penuh sepanjang tempoh pelaksanaan projek yang dijangka siap sepenuhnya pada 2031.

“Kita laksanakan projek ini demi masa depan Pulau Pinang,” katanya.

Projek LRT Laluan Mutiara bernilai RM10.5 bilion telah diluluskan Kabinet dan dibiayai kerajaan Persekutuan pada Mac 2024 akan dibangunkan oleh MRT Corp sebagai pemaju projek dan pemilik aset.

Projek ini merangkumi jajaran sepanjang 29.5 kilometer dengan 21 stesen strategik, termasuk sebuah stesen sementara di Pulau A Tebus Guna Selatan Pulau Pinang.

Projek LRT Laluan Mutiara dijangka memberi impak besar kepada infrastruktur dan ekonomi negeri ini, selain meningkatkan kualiti hidup rakyat dan mencipta ribuan peluang pekerjaan.

Related Posts

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

BETONG – Pembukaan Jalan Lubok Tamang disifatkan sebagai pemangkin penting kepada pembangunan luar bandar, khususnya dalam memperkukuh jaringan perhubungan dan merangsang ekonomi penduduk di Saribas. Laluan sepanjang 9.5 kilometer itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

ARAU – Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berhubung penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak