KPDN Pahang rampas 17,000 liter diesel disimpan tanpa permit

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang membongkar kegiatan penyimpanan diesel tanpa permit sah di sebuah stor haram di Indera Mahkota 8, dekat Taman Polo, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDN, Mohd Hafiz Ramli berkata, kegiatan itu dikesan susulan Ops Tiris 2025 dengan kira-kira 17,000 liter diesel bersama tangki simpanan dan dua pacuan empat roda dirampas.

Nilai keseluruhan rampasan itu dianggarkan RM193,000.

Dalam operasi jam 9.30 pagi itu, serbuan dilakukan selepas risikan selama sebulan dan diesel yang disita dipercayai untuk kegunaan jana kuasa di 33 menara komunikasi di sekitar Kuantan.

“Dua kenderaan dirampas dipercayai digunakan untuk membawa muatan tong berisi diesel bagi tujuan penyimpanan dan penghantaran.

“Seramai enam warga asing berusia antara 20 dan 29 tahun yang juga pekerja di stor berkenaan ditahan untuk siasatan,” katanya.

Mohd Hafiz berkata, berdasarkan dokumen dikemukakan, premis itu tidak mempunyai permit menyimpan diesel sekali gus menimbulkan syak wujudnya pelanggaran undang-undang mengikut Peraturan 21(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Kesalahan kedua pula mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu mengalih barang kawalan dari lokasi berlesen ke lokasi tidak berlesen.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan