Ahli Parlimen Miri dilantik Ahli Friends of Ministry KPM

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Friends of Ministry (FOM) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dalam satu sesi pertemuan khas yang berlangsung di Putrajaya hari ini.

Dalam kenyataannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPM atas jemputan menghadiri sesi tersebut dan atas kepercayaan yang diberikan menerusi pelantikan itu.

“Pelantikan ini memberi ruang kepada saya untuk bertindak sebagai jambatan komunikasi dua hala antara rakyat dengan KPM dalam menyampaikan dasar pendidikan secara tepat kepada akar umbi serta memberi maklum balas terus kepada pihak kementerian,” ujar beliau.

Beliau memanfaatkan sesi berkenaan untuk menyuarakan beberapa isu penting berkaitan keperluan pendidikan di Sarawak, khususnya di kawasan Miri.

Antara yang diketengahkan adalah berkenaan dasar-dasar pendidikan dalam kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dijangka dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.

Sementara itu, beliau turut menarik perhatian Menteri Pendidikan terhadap kelewatan beberapa projek pembinaan dan naik taraf sekolah di Miri seperti SK Sayed Othman dan SMK Tudan. Ahli Parlimen Miri itu menggesa agar ia disegerakan demi keselesaan murid dan warga pendidik.

Beliau juga menyambut baik keputusan kerajaan yang membenarkan pelajar yang memperoleh gred 10 A termasuk A- untuk terus ditawarkan tempat dalam Program Matrikulasi, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini.

Sebagai Ahli Friends of Ministry, beliau menyatakan komitmennya untuk menyebarkan dasar pendidikan KPM di peringkat akar umbi, mendengar suara rakyat, memantau pelaksanaan dasar di lapangan dan memastikan setiap murid, tanpa mengira latar belakang, mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.

“Saya akan terus memainkan peranan aktif dalam memastikan aspirasi Malaysia MADANI dalam sektor pendidikan dapat diterjemahkan ke dalam tindakan yang nyata, demi masa depan anak-anak kita,” tambah beliau.

Friends of Ministry merupakan platform rakan strategik KPM yang menghimpunkan Ahli Parlimen serta tokoh masyarakat bagi memperkukuh pelaksanaan dasar pendidikan negara menerusi kerjasama lebih dekat antara kerajaan dan rakyat.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu