Stesen penyelidikan Bako kukuhkan peranan Sarawak sebagai hab biodiversiti tropika

KUCHING – Usaha Sarawak untuk menjadi peneraju dalam pemeliharaan alam sekitar dan biodiversiti tropika menerima suntikan baharu menerusi perasmian Stesen Penyelidikan Bako, hasil kerjasama strategik antara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) pada Isnin.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, di Taman Negara Bako, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam agenda penyelidikan dan kelestarian alam negeri ini.

Stesen ini bukan sekadar fasiliti fizikal, malah berperanan sebagai platform pemindahan ilmu, inovasi saintifik dan konservasi jangka panjang, seiring dengan hasrat Sarawak untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam pengurusan biodiversiti tropika di rantau ini.

Menurut kenyataan UNIMAS, stesen tersebut dilengkapi dengan makmal penyelidikan, ruang penyimpanan peralatan lapangan serta ruang pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan stesen penyelidikan pertama UNIMAS-SFC yang ditubuhkan menerusi kerjasama dua pihak dan membuktikan betapa sinergi organisasi mampu mendorong usaha kelestarian global secara mampan dan berimpak tinggi.

“Stesen ini akan menjadi hab penyelidikan merangkumi biodiversiti, ekosistem, pengurusan sumber semula jadi, serta turut membuka ruang kepada kajian dalam bidang sosiobudaya dan pelancongan lestari,” menurut kenyataan itu lagi.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy