Tuduhan PM campur tangan lantikan hakim bersifat persepsi politik

KEKECOHAN tercetus semalam apabila tersebar satu dokumen yang didakwa sebagai minit mesyuarat Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC) berkaitan pencalonan Tan Sri Ahmad Terrirudin sebagai Hakim Besar Malaya.

Walaupun dokumen itu hanya memuatkan muka surat keempat dan tidak lengkap, ia segera dimanipulasi menjadi senjata politik untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelantikan ke jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman sepatutnya menjadi urusan dalaman yang berpaksikan kelayakan dan merit, namun pencalonan Ahmad Terrirudin telah dipolitikkan sehingga timbul dakwaan kononnya Perdana Menteri campur tangan, mengarah pelantikan dan mengatur sistem kehakiman negara.

Pemerhati politik, Norman Daud menyatakan bahawa tuduhan terhadap Perdana Menteri tidak berasas dan bertentangan dengan kerangka perundangan yang sedia ada.

“Perdana Menteri tidak campur tangan dalam pelantikan hakim kerana proses pelantikan tertakluk kepada Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan dan Akta JAC 2009 memperuntukkan di mana JAC mencadangkan calon dan Perdana Menteri menyembah maklum nama kepada YDPA.

“Dalam kes ini, pencalonan Terrirudin tidak bermula daripada Perdana Menteri. Ia dikemukakan dalam mesyuarat JAC oleh hakim kanan sendiri.

“Peranan PM hanyalah selepas JAC mengemukakan cadangan itupun tanpa kuasa memaksa. Justeru, naratif yang menuduh PMX “mengatur pelantikan” adalah satu fitnah tidak berasas,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Ahmad Terrirudin sebelum ini berkhidmat sebagai Peguam Negara dari tahun 2023 hingga 2024, dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada Februari 2024.

Pencalonannya sebagai Hakim Besar Malaya telah dibawa ke mesyuarat JAC pada Mei 2025 oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, dan bukannya oleh Perdana Menteri.

Dalam dokumen yang bocor itu, Ketua Hakim Negara dilaporkan menzahirkan kebimbangan berhubung pencalonan tersebut kerana Ahmad Terrirudin hanya menghasilkan satu alasan penghakiman, dan pernah menyediakan nota perbualan antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong semasa beliau menjadi Peguam Negara, yang berkemungkinan menimbulkan persepsi tidak bebas.

Menurut Norman, hal ini membuktikan bahawa pencalonan tersebut sebenarnya dibincangkan secara terbuka dalam kalangan ahli JAC sendiri, dan sebarang rasa tidak setuju merupakan sebahagian daripada proses semak dan imbang yang sihat dalam institusi kehakiman.

“Apa yang sedang berlaku ialah salah faham dan manipulasi persepsi. Kenaikan pangkat yang pantas dan sejarah jawatan Terrirudin sebagai Peguam Negara tidak harus dijadikan asas untuk mengatakan beliau pro-Anwar. Kita tidak boleh menghakimi integriti seseorang hakim semata-mata berdasarkan sejarah lantikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, isu sebenar yang perlu diberi perhatian menurut beliau ialah kebocoran dokumen sulit mesyuarat JAC yang sepatutnya dilindungi demi menjaga integriti institusi kehakiman.

“Mengapa pencalonan ini tidak ditapis oleh JAC berdasarkan merit dan senioriti? Mengapa dokumen rahsia ini bocor dan siapa mendapat untung daripada persepsi yang dicipta? Disini dah nampak dah ada sesorang dalam JAC tu yang pecah amanah dengan mendedahkan dokumen tersebut. Ini isu besar,” tambah beliau lagi.

Setakat ini, tiada sebarang bukti bahawa Anwar hadir dalam mesyuarat JAC atau menandatangani mana-mana dokumen pencalonan.

Segala naratif yang cuba mengaitkan beliau dengan pelantikan tersebut hanyalah spekulasi tanpa asas.

Polemik ini, menurut Norman, mencerminkan kelemahan dalam kefahaman awam terhadap proses pelantikan kehakiman.

Sistem sedia ada telah digubal oleh Parlimen pada tahun 2009 dan digunakan di bawah semua Perdana Menteri, termasuk yang terdahulu.

Sekiranya ada ruang penambahbaikan, Parlimen berhak meminda Akta JAC, namun ia harus dilakukan secara berprinsip, bukan berlandaskan emosi politik.

“Menjadikan Anwar sasaran serangan adalah taktik politik murahan untuk melemahkan seorang Perdana Menteri yang tidak tunduk kepada kawalan luar,” katanya.

Justeru, beliau turut menyeru semua pihak agar menghentikan permainan persepsi yang boleh menggugat institusi negara.

“Sistem ini perlu dihormati. Jika benar ada kelemahan, kita perbaiki melalui undang-undang, bukan dengan menyebar fitnah melalui dokumen bocor,” ujarnya.

Related Posts

Belanjawan 2027 manfaat digital kepada rakyat, peluang baharu penggiat kreatif

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi akan terus memperkukuh agenda kesalinghubungan komunikasi negara menerusi pelaburan RM5 bilion bagi meningkatkan capaian Internet seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 pada Jumaat. Kementerian itu turut menyatakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX

HARTAL Doktor Kontrak (HDK) menyambut baik komitmen kerajaan untuk menamatkan sistem doktor kontrak yang berlarutan sejak 2016, susulan pembentangan Belanjawan 2027 baru-baru ini. HDK berkata, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

Belanjawan 2027 manfaat digital kepada rakyat, peluang baharu penggiat kreatif

Belanjawan 2027 manfaat digital kepada rakyat, peluang baharu penggiat kreatif

Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX

Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara