KUSKOP perkukuh komitmen perkasa usahawan tempatan menerusi Program Halal Success

SANDAKAN – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus memperkukuh komitmen dalam memperkasa usahawan tempatan melalui pelaksanaan Program Halal Success KUSKOP yang menjadi platform penting meningkatkan daya saing, keupayaan dan akses pasaran produk serta perkhidmatan halal ke peringkat lebih tinggi.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, program itu mengguna pakai pendekatan intervensi menyeluruh yang merangkumi latihan, bimbingan teknikal, padanan perniagaan serta pembiayaan bagi membantu perniagaan usahawan kecil dan sederhana (PKS) serta koperasi menembusi pasaran global.

“Industri halal bukan hanya milik umat Islam, sebaliknya ia kini merupakan ekonomi global dengan nilai melebihi AS$3 trilion,” katanya ketika merasmikan Program Halal Success KUSKOP di Kolej Komuniti Sandakan, di sini, pada Ahad.

Menurutnya, Malaysia masih kekal sebagai peneraju dalam ekosistem halal global, namun negara perlu kekal kompetitif dan inovatif bagi mempertahankan kedudukan itu.

Jelas beliau, pendekatan terhadap industri halal tidak harus terbatas kepada aspek pensijilan semata-mata, sebaliknya perlu difahami secara lebih menyeluruh termasuk nilai kualiti, kebersihan, ketelusan dan integriti.

Katanya lagi, KUSKOP komited untuk memperluas penyertaan PKS dan koperasi dalam industri halal melalui kerjasama strategik dengan pelbagai agensi termasuk Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), SME Corp, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), TEKUN Nasional, Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

“Kami menyokong penuh agenda pendigitalan, pengantarabangsaan dan pemerkasaan ekonomi Bumiputera menerusi program seperti ini.

“Halal Success bukan sekadar program latihan, ia adalah peluang membina masa depan,” jelas Ewon.

Beliau turut menggesa usahawan tempatan agar lebih berani berinovasi dan keluar daripada zon selesa, selain proaktif dalam membina jenama serta menembusi pasaran antarabangsa.

“Pasaran halal bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia. Jadilah usahawan yang cekap, beretika dan berdaya saing, manfaatkan bimbingan yang diberikan dan bina jaringan kukuh untuk menambat kepercayaan pasaran global,” katanya.

Mengulas lanjut, Ewon berkata persijilan halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Justeru, KUSKOP melalui agensi-agensinya turut menyediakan bantuan geran bagi membantu usahawan memperoleh sijil tersebut.

“Kami bukan sahaja mempromosikan kesedaran, tetapi juga menyediakan geran dan bimbingan teknikal bagi membantu meningkatkan produktiviti serta membawa produk ke pasaran antarabangsa selepas memperoleh sijil halal,” katanya.

Tambah beliau, Program Halal Success akan diperluas ke pelbagai lokasi lain di seluruh negara termasuk di Semenanjung dan Sarawak, menjadikan usaha ini sebagai sebahagian daripada strategi bersepadu KUSKOP untuk membangunkan keusahawanan halal secara menyeluruh.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan