Fokus mandat rakyat dan masa depan Sabah – Salleh

KOTA KINABALU – Sistem mandat rakyat dan masa depan Sabah adalah fokus utama selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka tidak lama lagi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Dr. Salleh Said Keruak.

“Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan bahawa DUN akan dibubarkan tidak lama lagi dan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana penggal semasa hampir tamat dan pilihan raya mesti diadakan tahun ini mengikut peruntukan undang-undang.

“Dalam sistem demokrasi, pembubaran DUN adalah proses biasa, ia menandakan tamatnya satu penggal dan memberi ruang kepada rakyat untuk membuat penilaian serta memperbaharui mandat. Kuasa kini dikembalikan kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Menurut Salleh, usaha berterusan parti-parti politik dalam meraih kepercayaan akar umbi juga kian memuncak menjelang akhir tempoh penggal pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Ketika suhu politik semakin meningkat, parti-parti dan para pemimpin mula bergerak aktif, bertemu rakyat, menganjurkan program, dan mengeluarkan pelbagai kenyataan. Ini perkara lumrah menjelang pilihan raya,” katanya.

Namun realitinya, beliau berkata, ramai rakyat sudah membuat keputusan kerana mereka tahu siapa yang sentiasa turun padang, siapa yang hanya muncul ketika hampir pilihan raya dan siapa yang benar-benar memahami denyut nadi kehidupan harian rakyat.

Salleh menegaskan bahawa sistem politik berasaskan parti, sudah lama bertapak lazimnya mempunyai sokongan yang setia daripada akar umbi.

“Ini terbina melalui pengalaman, khidmat dan kepercayaan. Kesetiaan ini bukan mudah digoyahkan dengan janji atau sentimen jangka pendek.

“Perumpamaannya seperti seseorang yang sudah biasa minum Coke, bukan mudah baginya untuk menerima Pepsi.

“Dalam politik juga begitu, kesetiaan bukan sekadar soal jenama, tetapi soal kepercayaan yang telah dibina,” jelasnya.

Tambahnya, medan sebenar pertempuran kini tertumpu kepada pengundi muda dan pengundi atas pagar kerana tidak terikat dengan mana-mana parti, tetapi mereka peka terhadap isu, prestasi dan persekitaran semasa.

“Untuk mendekati mereka, parti politik mesti membawa mesej yang jelas, menangani isu kehidupan sebenar dan menawarkan visi masa depan yang boleh diyakini bukan sekadar slogan atau pengumuman yang bersifat sementara,” katanya.

Justeru itu, Salleh berkata masa depan Sabah tidak boleh disandarkan kepada retorik semata-mata kerana ia memerlukan kepimpinan yang stabil, dasar yang mantap dan komitmen yang ikhlas untuk berkhidmat bukan hanya ketika musim pilihan raya.

“Pilihan raya yang bakal tiba ini adalah saat untuk semua pihak, baik parti mahupun rakyat, membuat penilaian yang matang dan memperbaharui tekad untuk membina sebuah Sabah yang lebih stabil, adil dan makmur,” ujarnya lagi.

Related Posts

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

KUCHING – Universiti Utara Malaysia (UUM) merintis kerjasama strategik bersama Kerajaan Sarawak dalam bidang komunikasi menerusi penyerahan surat hasrat sempena International Conference on Media and Communication 2026 (i-COME’26), di sini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya