P.Pinang cadang tangguh pelaksanaan kenaikan tarif air untuk kelegaan rakyat

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang bercadang untuk menangguhkan pelaksanaan kenaikan tarif air yang dicadangkan selama sekurang-kurangnya enam bulan bagi mengurangkan beban pengguna.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, cadangan semakan tarif itu telah dikemukakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan masih menunggu kelulusan Jemaah Menteri sebelum diwartakan untuk pelaksanaan di beberapa negeri, termasuk Pulau Pinang.

“Kita tidak bercadang untuk melaksanakannya pada awal tahun depan. Kita berharap ia dapat ditangguhkan sehingga pertengahan tahun depan.

“Bagaimanapun, penangguhan ini dijangka menyebabkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menanggung kos kira-kira RM40 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) PBAPP bernilai RM5 bilion (Sukuk Wakalah) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, terbitan sukuk berkenaan akan memperkukuhkan keupayaan PBAPP mendapatkan modal jangka panjang untuk pelaburan dalam pembangunan infrastruktur air menerusi instrumen kewangan yang patuh Syariah dan berteraskan kelestarian.

“Platform pembiayaan ini akan membolehkan PBAPP melaksanakan projek-projek air berskala besar dan kritikal sekali gus memperkukuh komitmen Kerajaan Negeri terhadap pembangunan mampan,” katanya.

Tambah beliau, Program Sukuk itu telah menerima penarafan kredit tertinggi iaitu AAA/Stable daripada RAM Rating Services Bhd, manakala Kerangka Kewangan Mampan PBAPP pula dianugerahkan Penarafan Emas oleh RAV Sustainability Sdn Bhd.

Program tersebut dilancarkan dengan kerjasama Maybank Investment Bank Berhad dan United Overseas Bank (Malaysia) Berhad yang dilantik sebagai penasihat, penyusun utama dan pengurus utama bersama.

Related Posts

Pameran Mini Hari Malaysia 2026: Semarakkan patriotisme, perkukuh keharmonian di Mukah

MUKAH – Penghayatan terhadap sambutan Hari Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas sebagai platform memahami sejarah, menghargai kepelbagaian, serta mengukuhkan semangat kebersamaan sebagai sebuah negara berdaulat. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acara kemuncak Hari Malaysia di BCCK janjikan kelainan, pengunjung dinasihat pakai pelitup muka

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia ke-63 Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada malam 16 September ini bakal menjanjikan pelbagai pengisian istimewa buat pengunjung. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pameran Mini Hari Malaysia 2026: Semarakkan patriotisme, perkukuh keharmonian di Mukah

Pameran Mini Hari Malaysia 2026: Semarakkan patriotisme, perkukuh keharmonian di Mukah

Acara kemuncak Hari Malaysia di BCCK janjikan kelainan, pengunjung dinasihat pakai pelitup muka

Acara kemuncak Hari Malaysia di BCCK janjikan kelainan, pengunjung dinasihat pakai pelitup muka

PP26 bukti Pasifik bukan pemisah antara negara

PP26 bukti Pasifik bukan pemisah antara negara

Waspada guna AI jana grafik Jalur Gemilang, pastikan 14 bucu dan jalur – Fahmi

Waspada guna AI jana grafik Jalur Gemilang, pastikan 14 bucu dan jalur – Fahmi

‎Sabah rekod 1,551 kes kebakaran terbuka sejak Mac

  • By Ezmie
  • September 14, 2026
‎Sabah rekod 1,551 kes kebakaran terbuka sejak Mac

Pameran Hari Malaysia 2026 rungkai sejarah pembentukan negara, papar dokumen sahih MA63

Pameran Hari Malaysia 2026 rungkai sejarah pembentukan negara, papar dokumen sahih MA63