UMSfm cipta sejarah  dengan siaran berkembar sempena ulang tahun ke-15

KOTA KINABALU – Radio Kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS), UMSfm, mencipta sejarah dengan mengadakan siaran berkembar pertama bersama-sama dengan MediaLab Alliance Sdn Bhd di Subang Jaya sempena ulang tahunnya  ke-15 pada 1 Julai lalu.

Pengurus Stesen UMSfm, Dr. Intan Soliha Ibrahim berkata rancangan khas ini mencerminkan kerjasama strategik UMSfm dan MediaLab Alliance serta komitmen UMSfm terhadap penyiaran digital.

“Inisiatif siaran berkembar itu bukan sahaja sebagai simbolik ulang tahun penubuhan radio tersebut, bukti inovasi penyiaran boleh berlaku merentas geografi dan disiplin.

“Ini bukan sekadar pencapaian teknikal bagi sebuah radio kampus tetapi juga satu langkah strategik dalam memperkukuhkan jaringan industri.

“Sambutan ulang tahun itu juga mencerminkan pencapaian baik UMSfm sepanjang 15 tahun dan menjadi titik tolak kepada evolusi masa depan penyiaran kampus dalam landskap media digital,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Selasa.

Tambah Intan, pendekatan tersebut adalah kolaborasi inovatif pelbagai pihak yang lazim diterapkan dalam bidang seperti bandar pintar, penjagaan kesihatan, kelestarian dan pendidikan, selaras dengan status UMSfm sebagai ‘Living Lab’ sejak April 2023.

UMSfm disiarkan melalui 91.1fm dan platform digital Facebook serta TikTok yang bertemakan ’15 Tahun UMSfm: Menyatu Suara, Menjulang Ilmu’.

“Siaran khas itu menampilkan temu bual bersama Naib Canselor UMS dan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) di konti utama UMSfm, manakala studio satelit di Subang Jaya dihadiri wakil RTM dan MediaLab Alliance Sdn Bhd.

“UMSfm yang mula bersiaran sejak tahun 2010 kini dikendalikan oleh pasukan penerbit rancangan dan teknikal yang terdiri daripada Feria Lee, Norhazimah Radik, Khairil Fitri Abd. Karim dan Penolong Jurutera, Abd. Rahman Yusman Yusuf,” katanya.

Related Posts

Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

PUSA – Kesejahteraan dan taraf hidup masyarakat luar bandar di kawasan Undai, Beting Maro bakal berubah wajah menerusi limpahan pelbagai inisiatif pro-rakyat dan kemudahan infrastruktur yang disalurkan oleh kerajaan Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

LIMBANG – Program Berkarih Kami Masuk Kampung anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Limbang dilihat sebagai platform penting dalam menyemai budaya integriti dan membanteras…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi