Uggah harap Agro Bank percepatkan buka semula cawangan di Spaoh

SPAOH: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah berharap pihak Agro Bank mempercepatkan keputusan mereka membuka semula cawangan di Spaoh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu berkata, cawangan bank terbabit ditutup apabila pejabat daerah lama dirobohkan untuk membina semula bangunan baharu.

“Saya difahamkan bangunan baru itu sudah siap dan ramai masyarakat berharap pihak Agro Bank membuka semula operasi mereka,” kata Uggah ketika ditemui oleh pihak media.

Uggah juga turut menemui beberapa pemimpin masyarakat di Spaoh dan meluahkan rasa kekecewaan akan perkara yang berlaku.

“Saya menggesa agar Agro Bank menyelesaikan perkara ini secepat mungkin memandangkan kemudahan bank sangat diperlukan oleh masyarakat di sini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Uggah melawat projek rumah hijau di Sekolah Menengah Kebangsaan Spaoh baru-baru ini sambil menyatakan rasa puas hati akan inisiatif fertigasi.

Selain itu, Uggah menggalakkan pihak sekolah meneruskan untuk menerokai pertanian hidroponik dan berjanji akan memberi sokongan terhadap kaedah pertanian moden tersebut.

Related Posts

Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

TAWAU – Polis menahan 14 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan membabitkan sekumpulan pelajar dipercayai menggunakan senjata yang tular di Taman Permainan Taman Ambar, Jalan Kuhara, di sini, Selasa lepas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

GEORGE TOWN – Pulau Pinang kembali dilanda jerebu apabila tiga daripada empat stesen pemantauan kualiti udara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, pagi ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

  • By Fatin
  • October 8, 2026
Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Bot pancing putus hubungan akibat jerebu

Bot pancing putus hubungan akibat jerebu

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM