Anwar bakal jumpa Modi di luar sidang BRICS

RIO DE JANEIRO – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari India dan Ethiopia semasa menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di sini.

Pertemuan itu akan berlangsung di luar acara utama sidang kemuncak berkenaan pada Ahad (Isnin di Malaysia).

Anwar, yang tiba di sini semalam, dijadual bertemu Perdana Menteri India, Narendra Modi di Muzium Seni Moden selepas menyampaikan Kenyataan Negara beliau di sidang kemuncak itu.

Kedua-dua pemimpin sebelum ini pernah mengadakan pertemuan pada Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-21 di Laos, tahun lalu.

Anwar turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed Ali.

Perdana Menteri akan disertai Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semasa pertemuan berkenaan.

Anwar turut dijadual menerima kunjungan hormat Presiden Bank Pembangunan Baharu (NDB), Dilma Rousseff.

Penyertaan Malaysia dalam sidang kemuncak ini adalah atas kapasiti sebagai Negara Rakan BRICS serta Pengerusi ASEAN 2025.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula