Iran gantung kerjasama dengan IAEA

ISTANBUL – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian mengumumkan penggantungan kerjasama negaranya dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), lapor saluran rasmi Press TV dan agensi berita Mehr.

Menurut laporan Anadolu Ajansi yang memetik agensi Tasnim, keputusan itu dibuat selepas Presiden Pezeshkian meluluskan undang-undang mewajibkan kerajaan menggantung hubungan dengan IAEA.

Langkah itu susulan keputusan Parlimen Iran minggu lalu meluluskan rang undang-undang menggantung kerjasama dengan badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Tindakan berkenaan diambil berikutan ketegangan semakin memuncak antara Tehran dan IAEA berkaitan isu akses pemantauan dan ketelusan berikutan konfrontasi ketenteraan melibatkan Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Konflik selama 12 hari antara Israel dan Iran tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi ketenteraan dan nuklear Iran.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas sasaran musuh, manakala AS pula mengebom tiga tapak nuklear Iran.

Konflik berakhir selepas gencatan senjata dikuat kuasa pada 24 Jun.

Related Posts

GSF sahkan semua kapal bantuan Gaza dirampas tentera rejim Zionis

PENGANJUR misi kemanusiaan ke Gaza, Global Sumud Flotilla (GSF), mengesahkan kesemua kapal dalam konvoi bantuan mereka telah dirampas oleh tentera rejim Zionis Israel pada Selasa. Menerusi satu kenyataan di aplikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sembilan kapal Flotilla Global Sumud dipintas, 16 rakyat Malaysia ditahan Zionis

SEMBILAN buah kapal dalam misi kemanusiaan Flotilla Global Sumud (GSF) yang dinaiki oleh 16 rakyat Malaysia disahkan telah dipintas oleh tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) pada Isnin setakat jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan capai separuh sasaran penyelarasan perbelanjaan setakat ini – Fahmi

Kerajaan capai separuh sasaran penyelarasan perbelanjaan setakat ini – Fahmi

Tanggungjawab pemimpin jaga tutur kata, elak cetus kontroversi

Tanggungjawab pemimpin jaga tutur kata, elak cetus kontroversi

Rafizi dan Nik Nazmi keluar PKR sudah dijangka, langkah rugikan pengundi

Rafizi dan Nik Nazmi keluar PKR sudah dijangka, langkah rugikan pengundi

PKR Terengganu kukuh bersama Anwar, parti Rafizi tidak beri impak besar

PKR Terengganu kukuh bersama Anwar, parti Rafizi tidak beri impak besar

Iklan, promosi 99 Speedmart dikawal pihak sokong UEC, dakwa Nadzim

Iklan, promosi 99 Speedmart dikawal pihak sokong UEC, dakwa Nadzim

Johor kini barometer politik negara, PKR negeri sedia hadapi segala kemungkinan PRN

Johor kini barometer politik negara, PKR negeri sedia hadapi segala kemungkinan PRN