Malaysia hargai usaha Itali dalam isu kemanusiaan di Gaza

ROM – Malaysia menghargai usaha Itali mencari penyelesaian konflik kemanusiaan di Gaza, situasi di Ukraine dan perkembangan di Asia Barat, khususnya membabitkan Iran dan Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan global sewaktu pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Itali, Antonio Tajani, semalam.

“Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Itali yang telah lama terjalin, berlandaskan prinsip saling menghormati antara satu sama lain,” kata beliau seperti dilapor Bernama.

Semasa pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai bidang – termasuk hubungan Malaysia serta ASEAN – dengan Kesatuan Eropah.

Mengenai konflik di Gaza, Anwar berkata, Malaysia yang lantang memperjuangkan hak rakyat Palestin di persada antarabangsa, gembira kerana pemimpin-pemimpin Itali memahami situasi di Gaza.

“Malaysia menghargai hubungan erat dengan Itali sebagai rakan penting dalam usaha memperkukuh kerjasama rentas benua demi keamanan, kemakmuran dan kemajuan bersama.

“Kita mahu bekerjasama bukan sahaja dalam bidang ekonomi, tetapi juga dalam mencari penyelesaian konflik seperti Gaza, Ukraine dan Asia Barat,” kata Perdana Menteri selepas pertemuan itu.

Bulan lepas, Presiden Itali, Sergio Mattarella menyifatkan krisis kemanusiaan dan politik di Gaza sebagai ‘tidak dapat diterima’ dan menggesa tindakan segera oleh masyarakat antarabangsa serta penglibatan negara-negara Arab untuk menangani situasi yang semakin meruncing.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik