Selangor giat banteras iklan rokok elektronik, vape

KERAJAAN Selangor menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) giat meningkatkan penguatkuasaan terhadap iklan berkaitan produk rokok elektronik atau vape di semua medium fizikal termasuk papan iklan digital atau LED.

Memetik laporan Media Selangor, ia susulan tekad kerajaan negeri untuk membendung penularan promosi vape, selaras dengan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 (Akta 852).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Mohamad Hanafi Basri berkata, pihaknya telah memeriksa 29 premis dengan mengeluarkan 22 kompaun dan menyerahkan 38 notis termasuk Notis Berhenti Niaga dan Notis Penurunan Iklan.

“Premis yang beroperasi tanpa lesen akan dikenakan tindakan tegas, manakala premis berlesen yang masih memaparkan iklan vape turut dikenakan tindakan jika ingkar arahan,” katanya.

Beliau menegaskan, MPKS akan terus melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang melanggar ingkar peraturan.

Sementara itu, Datuk Bandar Klang Datuk Abd Hamid Hussain memaklumkan sebanyak 72 notis dikeluarkan terhadap premis vape di sekitar Sentosa, Meru, Selat Klang, Bandar Baru Klang dan Pandamaran.

“Kita beri tempoh dua minggu untuk pemilik menurunkan iklan. Jika ingkar, tindakan penguatkuasaan akan diambil. Buat masa ini, hanya tindakan terhadap iklan dilaksanakan kerana larangan perniagaan belum dimuktamadkan Kerajaan Negeri,” jelasnya.

Di Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sedang mengumpul data dan mengenal pasti lokasi premis vape dalam kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandarnya Mohamad Zahri Samingon berkata, setakat ini tiada papan tanda atau iklan vape dikesan namun pihaknya bersiap sedia untuk bertindak jika terdapat pelanggaran.

“Kita menunggu arahan lanjut daripada Kerajaan Negeri. Semua data berkaitan perniagaan vape telah dikumpul,” katanya.

Pada Mei lalu, Kerajaan Selangor mengarahkan semua PBT menyita dan menurunkan semua bentuk iklan produk vape sebagai langkah melindungi masyarakat, khususnya generasi muda daripada ancaman vape yang semakin membimbangkan.

Related Posts

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

KUANTAN – Mesyuarat penyelarasan program Gerakan Setia UMNO peringkat FELDA Jengka 24, Jerantut, diadakan malam tadi. Program itu akan diadakan pada 30 Mei ini, bertujuan membina momentum awal dan memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Oleh: Nana Mohamad & Eveline B SIBU – Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) komited untuk terus mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatannya bagi memenuhi keperluan penduduk di Sibu Jaya yang semakin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia