Rehatkan wakil rakyat atau serah mandat pada rakyat – UMNO Sabah

KOTA KINABALU – Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman mendesak Kerajaan Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor agar segera ‘merehatkan’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang terpalit dengan skandal rasuah perlombongan atau memberi mandat kepada rakyat untuk memilih.

Gesaan itu dibuat susulan pendedahan baharu Malaysiakini mengenai skandal rasuah perlombongan bernilai hampir RM4 juta yang mengaitkan pemimpin atasan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk Presiden STAR, Datuk Seri Jeffrey Kitingan, Pemangku Presiden PBS, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan bekas Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

“Asasnya, keabsahan atau legitimasi sesebuah kerajaan tidak hanya terletak pada majoriti kerusi tetapi pada kepercayaan awam terhadap moraliti integriti dan keupayaan pemimpinnya untuk bertindak atas kepentingan rakyat.

“Apabila kepercayaan itu terhakis terutamanya berkaitan integriti dalam jemaah menteri yang berkait rapat dengan jantung pentadbiran, maka kerajaan tersebut secara moral perlu mengambil tanggungjawab sama ada merehatkan YB-YB (Yang Berhormat) yang terlibat atau serahkan kuasa kepada rakyat dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Menurut Rosman, sebaik pendedahan dibuat sehingga hari ini, tiada sebarang laporan polis atau saman terhadap Malaysiakini selain tiada penafian yang meyakinkan daripada mana-mana pihak terbabit.

“Kerajaan Sabah pula kelihatan membiarkan institusi kerajaan negeri tercemar tanpa usaha untuk mengambil tanggungjawab dengan mengangkat integriti sebagai asas pentadbiran.

“Ketua Menteri Sabah kelihatan lebih memilih menyelamatkan parti dan individu tertentu berbanding memperbaiki institusi Kerajaan Negeri,” dakwanya.

Baru-baru ini, Malaysiakini mendedahkan nama enam lagi ahli politik yang dikatakan terlibat dalam skandal perlombongan menerusi tangkapan skrin yang didakwa diambil daripada rakaman video oleh seorang sumber yang melibatkan pemimpin terbabit.

Difahamkan, sebagai tambahan kepada bukti video, sumber terbabit mendakwa bahawa mesej ‘WhatsApp’ dan dokumen lain wujud untuk menyokong transaksi tersebut.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

BATU PAHAT – Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pengerusi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha