Terima 268 penyertaan, Kinabalu Press Awards raikan semangat kewartawanan

KOTA KINABALU – Pengamal media dari pelbagai organisasi di Sabah terus diiktiraf atas dedikasi dalam menghasilkan laporan berkualiti dan berimpak tinggi menerusi Kinabalu Press Awards (KPA).

President Sabah Journalist Association (SJA), Maria Doksil berkata, sebanyak 268 penyertaan dari pelbagai organisasi media diterima dan dinilai.

“Saya ingin menzahirkan penghormatan kepada anda semua yang terus melaporkan kebenaran, merakam momen dengan ketelitian dan menulis dengan berpaksikan etika kewartawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis KPA 2025, di Maggelan, Sutera Habour di sini pada Ahad.

Jelasnya, majlis ini bertujuan untuk meraikan semangat para pengamal media yang memainkan peranan penting dalam memastikan laporan adil, tepat dan seimbang khususnya ketika negeri dibanjiri dengan berita palsu di pelbagai platform media sisoal.

“Kita semua tahu betapa besar kesan yang boleh berlaku akibat penyebaran laporan tidak sahih  di media sosial yang boleh menjejaskan perniagaan, merosakkan reputasi kerjaaan dan ahli politik, seterusnya memecah belahkan masyarakat,” ujarnya. 

Mariah turut memberi penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa memberi sokongan kepada penganjuran majlis ini.

“Tanpa penglibatan Kerajaan Negeri, tidaklah keterlaluan saya mengatakan, bukan mudah untuk menjayakan acara berprestij ini.

“Kami amat menghargai komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan majlis berprestij ini dapat diteruskan dengan penuh gemilang.

“Dana yang disumbangkan Kerajaan Negeri Sabah untuk KPA pada tahun ini meningkat RM10,000 iaitu RM110,000 ketimbang RM100,000 pada tahun sebelumnya,” katanya.

Dalam majlis itu, lima kategori utama dipertandingkan dengan hadiah sebanyak RM5,000 bagi setiap kategori.

Kelima-lima kategori dimenangi dari lima organisasi media yang berasingan masing-masing dari Sin Chew Daily, Daily Express, Utusan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah dan Harian Metro.

Pemenang bagi anugerah Feature and News Feature kategori Bahasa Cina dimenangi oleh Tan Giok Seh dari Sin Chew Daily dengan tajuk ‘View With Low Lieh Yong, Head of Transpalant Coordinator for the Sabah Transpant Resource Centre’.

Manakala bagi kategori Bahasa Inggeris pula dimenangi oleh Sherell Ann Jeffrey dari Daily Express dengan tajuk ‘Dealing with Sexual Harassment’ manakala kategori Bahasa Melayu pula dimenangi oleh Suridah Roslan dari Utusan Malaysia dengan tajuk laporan bersiri ‘Liku Kehidupan Penduduk Pinggir Bandar Sabah’.

Sementara itu, bagi kategori Siaran Televisyen dan Video dalam Talian dimenangi oleh kumpulan dari RTM Sabah yang dianggotai oleh Magdalena Depol, Awang Md Zulfahmi Awang Zulkifli dan Hossana Princely Joly dengan tajuk ‘Hari Sabah : Diwartakan Sempena Capai Kemerdekaan Rasmi’.

Bagi kategori fotografi pula dimenangi oleh Mohd Adam Eussoffefuddin dari Harian Metro dengan tajuk ‘Tangisan Pilu Menyambut Kepulangan Si Bongsu’.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi