Malaysia–Indonesia guna pendekatan ‘menang-menang’ tangani isu Ambalat

MALAYSIA berhasrat mewujudkan pendekatan ‘menang-menang’ bersama Indonesia dalam menyelesaikan isu wilayah sempadan maritim di Ambalat menerusi pelaksanaan perjanjian pembangunan bersama (JDA).

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pendekatan ini mampu membangunkan ekonomi di kawasan sempadan sambil menyelesaikan isu-isu teknikal berkaitan.

Menurut beliau, Malaysia tetap akan meneruskan perundingan berkenaan sempadan maritim dan menegaskan bahawa penyelesaian yang dicapai tidak harus merugikan mana-mana pihak.

“Jadi, mengapa pula kita tidak menerokai hasil bumi di situ bersama-sama? Jadi, dua-dua negara boleh mendapat manfaatnya.

“Di samping itu, kita juga akan meneruskan juga perbincangan ataupun perundingan berkenaan sempadan. Jadi, kita tak mahu kita nanti ‘rugi-rugi’ (antara dua negara),” katanya.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Abdul Rahim Talib, di Dewan Putra Padang Lerek, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, untuk mempercepat kerjasama strategik antara dua negara.

Komitmen itu termasuk pembangunan secara damai dan saling menguntungkan di kawasan sempadan maritim Ambalat.

Dalam sidang media bersama di Istana Merdeka, Jakarta, Anwar menyatakan bahawa kedua-dua negara wajar mempertimbangkan kerjasama ekonomi di kawasan sempadan demi manfaat rakyat.

Sementara itu, Mohamad turut memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan lawatan rasmi ke Rom, Itali, dan Paris, Perancis, bermula esok. Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada persiapan menjelang Sidang Kemuncak BRICS yang dijadualkan bulan hadapan dan akan dihadiri oleh Perdana Menteri.

Beliau berkata antara isu yang akan dibincangkan bersama rakan sejawatannya di Eropah termasuk krisis kemanusiaan di Gaza serta konflik terkini antara Iran dan rejim Zionis.

“Itu sentiasa menjadi perbincangan kita, iaitu konflik di Gaza dan sekarang ini di Iran… itu akan menjadi perkara pokok,” katanya.

Related Posts

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

SATU pertemuan difahamkan sedang berlangsung melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan, pada Selasa ketika krisis pentadbiran Negeri Sembilan terus menjadi perhatian. Perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menolak dakwaan ‘tebuk atap’ atau cubaan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri secara tidak bertanggungjawab. Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan