Imam dari Lipis terima anugerah sempena karnival Al-Falah MADANI

KUANTAN – Selepas lebih lima dekad menabur bakti dalam bidang dakwah, seorang imam dari Kuala Lipis menerima Anugerah Tokoh Imam Mithali.

Mat Saman Mat Dahan, 75, yang juga imam tetap Masjid Kampung Melaka, Kuala Lipis, tidak menyangka sama sekali akan menerima anugerah itu kerana dimaklumkan hanya dua hari sebelum majlis berlangsung.

“Saya memang tidak sangka langsung sebab tiba-tiba sahaja dimaklumkan akan terima anugerah.

“Tapi saya rasa sangat dihargai dengan pengiktirafan ini kerana sepanjang saya berkhidmat selama 52 tahun sebagai imam,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jelajah MADANI Ulama dan Umara (JMUU) Zon Timur bersempena Karnival Al-Falah MADANI Indera Mahkota Pahang di Masjid Beserah dekat sini, semalam.

Mat Saman adalah antara sembilan penerima yang dipilih untuk kategori Anugerah Tokoh Imam Mithali, Anugerah Tokoh Guru Takmir Mithali dan Anugerah Tokoh Guru KAFA Mithali bagi negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Setiap penerima menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000 seorang serta sijil penghargaan.

Anugerah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.

Related Posts

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, hari ini mengesahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sudah memutuskan secara sebulat suara proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

ALOR SETAR – Pesawah di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berdepan cabaran berganda apabila kedudukan takungan tiga empangan kini hanya 35.76 peratus, selain kebarangkalian fenomena El Nino meningkat menjelang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

  • By Fatin
  • September 17, 2026
Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas