Program Santunan Desa KEMAS, Bakti MADANI USM perkasa komuniti luar bandar

KEPALA BATAS — Komitmen kerajaan dalam memperkasa masyarakat luar bandar terus dizahirkan menerusi penganjuran Program Santunan Desa KEMAS dan Bakti MADANI Universiti Sains Malaysia (USM) yang berlangsung meriah di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma’arifil Wataniah 1, di sini pada Sabtu.

Majlis yang disempurnakan oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican itu menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan institusi pendidikan tinggi dalam usaha menyampaikan perkhidmatan terus kepada rakyat meliputi aspek kesihatan, kebajikan, kemahiran, pendidikan awal dan keusahawanan.

“Program ini menjadi bukti jelas keprihatinan kerajaan serta peranan institusi pendidikan seperti USM yang turun padang bersama rakyat,” ujar beliau dalam ucapan perasmiannya.

Menurut ADUN Bertam itu lagi, kolaborasi pintar antara KEMAS dan USM berjaya menyerlahkan fungsi universiti bukan hanya sebagai pusat ilmu, tetapi turut menjadi pemangkin kepada pembangunan masyarakat melalui program anak angkat, latihan pembangunan insan serta khidmat sosial.

“Seperti yang ditekankan oleh Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), kerjasama rentas sektor amat penting bagi mencapai pembangunan luar bandar yang inklusif dan mampan,” tambahnya lagi.

Beliau turut menggesa penduduk kampung agar merebut peluang yang ditawarkan melalui pelbagai kursus dan latihan yang disediakan oleh agensi-agensi yang terlibat.

Majlis turut diserikan dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dalam Parlimen Kepala Batas sebagai simbol semangat patriotisme menjelang sambutan Bulan Kebangsaan.

Satu lagi detik istimewa ialah penyampaian Anugerah Bina Insan Gemilang kepada Kelas Bina Insan Lahar Kepar atas komitmen cemerlang dalam pembangunan komuniti dan nilai MADANI di peringkat akar umbi.

Turut hadir memeriahkan program ialah Pengarah KEMAS Negeri Pulau Pinang, Kamarul Bahari Mohd Salleh; Pengerusi JPKKP Kampung Permatang Bertam merangkap Pengerusi Qaryah Masjid Al Jamiul Badawi, Datuk Shariful Azhar Othman; Penolong Kanan Pentadbiran SM Agama Daeratul Ma’arifil Wataniah 1, Ashmuni Ahmad; Pengarah Operasi JKOM Negeri Pulau Pinang, Muhammad A’fif Datuk Osman; Pegawai Penyelaras KADUN Penaga, Mohd Naim Haji Salleh serta barisan pegawai KEMAS dan ketua-ketua agensi lain.

Program ini berjaya menghimpunkan komuniti setempat, memperkukuh jaringan antara agensi, dan memupuk semangat MADANI dalam kalangan rakyat.

Related Posts

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

KALABAKAN – Kawasan seluas 1,000 ekar tanah dikenal pasti bagi pembangunan sebuah Bandar Baharu Kalabakan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Beliau berkata, ia secara tidak langsung memperkukuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kad pengenalan Malaysia simbol patriotisme, kunci agihan subsidi bersasar

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Luyang, Datuk Chan Foong Hin menegaskan kad pengenalan (MyKad) bukan sekadar dokumen pengenalan diri, tetapi juga lambang patriotisme dan instrumen penting dalam memastikan agihan subsidi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

Kad pengenalan Malaysia simbol patriotisme, kunci agihan subsidi bersasar

Kad pengenalan Malaysia simbol patriotisme, kunci agihan subsidi bersasar

Henti aktiviti lumba haram sebelum berlaku tragedi – Sultan Pahang

Henti aktiviti lumba haram sebelum berlaku tragedi – Sultan Pahang

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat

Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat

Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal 3 Ogos ini

Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal 3 Ogos ini