Konsep MADANI bukan retorik, tetapi kerangka perubahan negara – KP JKOM

KERANGKA MADANI yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar retorik atau idealisme semata-mata, sebaliknya merupakan satu kerangka perubahan negara yang berpaksikan pengalaman hidup, pandangan tokoh-tokoh agung serta realiti kepelbagaian masyarakat Malaysia,

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, walaupun terdapat segelintir pihak melihat konsep MADANI sebagai terlalu teoretikal dan sukar difahami, namun hakikatnya kerangka ini berakar daripada perjalanan panjang Anwar – sejak zaman remajanya sebagai aktivis, pentadbir negara, hingga melalui fasa perjuangan reformasi.

“Kerangka ini bukan direka selepas Anwar jadi Perdana Menteri. Ia ialah refleksi kepada pengalaman dan pandangan hidup beliau sejak awal penglibatannya dalam usaha membina masyarakat dan tamadun,” jelas beliau dalam podcast Minda Tok Abah, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ismail menerangkan bahawa konsep MADANI turut mengambil ilham daripada pandangan tokoh-tokoh besar seperti Ibnu Khaldun dan Al-Farabi.

Beliau berkata, dalam konteks Asia Tenggara pula, penulisan tokoh seperti José Rizal dan Pak Natsir dari Indonesia, serta ilmuan ulung tanah air seperti Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas, banyak memberi sumbangan idea dalam membentuk gagasan ini.

“Pandangan-pandangan ini penting kerana mereka membicarakan soal bagaimana untuk mengurus dan membina sesebuah tamadun. Jadi, MADANI ialah adaptasi kebijaksanaan tempatan dan antarabangsa, disesuaikan dengan acuan Malaysia,” tambah beliau.

Kerangka MADANI juga dianggap sebagai kesinambungan kepada usaha-usaha kenegaraan yang telah dirintis sebelum ini.

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia telah lama dibentuk atas dasar kepelbagaian kaum, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan sejarah pembentukan negara.

“Kita tidak boleh melupakan detik penting dalam sejarah seperti tragedi 13 Mei 1969 yang membawa kepada pengenalan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Kedua-duanya menjadi asas kepada kesatuan bangsa dalam kepelbagaian,” katanya.

Seiring dengan itu, beliau melihat kemunculan kerangka MADANI sebagai respons terhadap cabaran semasa yang semakin kompleks, termasuk krisis nilai, tadbir urus dan keseimbangan sosial.

“Kerangka MADANI menuntut kita membetulkan kebiasaan dan membiasakan yang betul. Dalam pengurusan negara, kita tidak boleh lagi bekerja secara biasa-biasa. Kita mesti lakukan yang lebih baik daripada sebelumnya,” tegas beliau.

Kerangka MADANI yang diilhamkan oleh Perdana Menteri mengandungi enam teras utama yang merangkumi nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Keenam-enam nilai ini, menurut Ismail, mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia selama lebih enam dekad dan menjadi asas kepada arah baharu pentadbiran negara.

Related Posts

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

PUTRAJAYA – Lebih 600 hantaran di media sosial yang mengandungi maklumat palsu berkaitan krisis tenaga global dikesan sejak 29 Mac lalu hingga kini. Jurucakap Kerajaan MADANI merangkap Menteri Komunikasi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV