21 rumah, termasuk kedai dan tokong, musnah dalam kebakaran di Hutan Melintang

BAGAN DATUK – Sebanyak 21 buah rumah, sebuah kedai makan dan sebuah tokong musnah dalam kebakaran yang berlaku di Bagan Pasir Laut, Hutan Melintang, awal pagi Sabtu.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 4.30 pagi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 4.52 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi pada jam 5.07 pagi, pasukan bomba mendapati orang awam sedang cuba memadamkan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Teluk Intan serta Pasukan Bomba Sukarela Sungai Tiang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Ketua operasi melaporkan lebih lima buah rumah telah terbakar dan api marak dengan pantas disebabkan kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain serta tekanan air dari pili bomba yang rendah,” jelasnya.

Sayani berkata, operasi pemadaman masih diteruskan dan penilaian jumlah sebenar kerosakan sedang dilakukan oleh pihak bomba.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak