TEGAR medan perkukuh hubungan BN, rakyat – Samasuddin

KALABAKAN – Barisan Nasional (BN) Kalabakan melancarkan satu inisiatif komunikasi akar umbi yang dinamakan Teh dan Sanggar (TEGAR) sebagai langkah memperkukuh hubungan dengan rakyat di kawasan tersebut.

Pengerusi BN Kalabakan, Samasuddin Yusop berkata, ia adalah simbolik kepada sesi santai minum petang atau malam bersama pelbagai lapisan masyarakat termasuk anak muda, wanita, usahawan kecil dan penduduk kampung.

“Program TEGAR dimulakan di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tanjung Batu dan akan diperluas ke seluruh kawasan Parlimen Kalabakan sebagai platform mendengar keluhan serta merangka penyelesaian bersama rakyat.

“Isu seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, akses pendidikan, kemudahan asas dan kesejahteraan komuniti akan diberi perhatian sebagai fokus utama dalam agenda kempen BN Kalabakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusi Mesyuarat BN Kalabakan Bil. 01/2025 yang berlangsung di Pejabat BN Kalabakan, di sini, pada Rabu.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kalabakan berkata, BN Kalabakan turut memutuskan pelaksanaan dua inisiatif utama iaitu Radu Tatap Radu Jelajah PDM dan pelancaran Studio Komuniti 1.9.SATU.

“Program jelajah ini akan mengukuhkan jaringan komunikasi dan semangat kerja dalam kalangan petugas BN di setiap peringkat.

“Studio Komuniti 1.9.SATU pula diwujudkan sebagai platform digital yang akan mengetengahkan suara rakyat serta bakat tempatan menerusi kandungan seperti video, podcast dan dokumentari yang memberi tumpuan kepada kehidupan dan realiti masyarakat di Kalabakan dan Tawau.

“Kita bukan sahaja mahu menang, tetapi menang dengan maruah selain mahu rakyat Kalabakan lihat BN sebagai penyambung harapan, bukan sekadar pilihan politik,” tegasnya.

Menurut Samasuddin, jentera BN Kalabakan akan digerakkan secara menyeluruh dan inklusif dengan penyertaan semua peringkat kepimpinan parti serta akar umbi.

Katanya, Pilihan Raya Sabah kali ini memerlukan perancangan lebih sistematik dan BN Kalabakan komited membina strategi berpaksikan suara rakyat dan realiti semasa.

“Kita mahu bawa politik yang mampu menyelesaikan masalah dengan baik, bukan hanya sekadar janji kosong,” ujarnya.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET