FDI Malaysia rekod RM51.5 bilion pada 2024 – DOSM

PUTRAJAYA – Malaysia mencatatkan aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM51.5 bilion pada 2024, meningkat daripada RM38.6 bilion pada tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi kenyataan memaklumkan, jumlah pendapatan yang diperoleh syarikat asing di Malaysia meningkat kepada RM99.8 bilion berbanding RM88.4 bilion pada 2023.

“Peningkatan terbabit disumbang terutamanya daripada pendapatan saham dana ekuiti dan pelaburan yang berjumlah RM95.9 bilion serta pendapatan faedah sebanyak RM3.9 bilion.

“Sehingga akhir 2024, kedudukan kumulatif FDI negara berjumlah RM995.5 bilion, meningkat daripada RM924.0 bilion pada tahun sebelumnya,” katanya pada Rabu.

Sementara itu, DOSM berkata, aliran FDI dalam bentuk ekuiti dan saham dana pelaburan mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM28.0 bilion menyumbang kepada jumlah terkumpul RM832.9 bilion.

Menurutnya, instrumen hutang mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM23.5 bilion dengan nilai terkumpul RM162.6 bilion.

“Mengikut sektor, sektor perkhidmatan menyumbang aliran masuk FDI tertinggi sebanyak RM39.4 bilion dengan nilai terkumpul RM524.8 bilion dan diikuti sektor pembuatan yang menjana pendapatan FDI tertinggi bernilai RM54.6 bilion.

“Pada 2024, aliran masuk FDI terbesar secara geografi adalah dari rantau Asia, berjumlah RM50.3 bilion, dengan Singapura dan Hong Kong sebagai penyumbang utama.

“Pada masa sama, pelabur dari wilayah terbabit juga mencatatkan pendapatan tertinggi berjumlah RM46.5 bilion,” katanya.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung