Wanita maut kemalangan tiga kenderaan di Lahad Datu

LAHAD DATU – Seorang wanita maut selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori dan pacuan empat roda di Taman Warisan Jalan Tengah Nipah, pada Rabu. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, mangsa yang menaiki kenderaan Myvi disahkan meninggal dunia manakala pemandu kenderaan sama cedera ringan.

“Dua lelaki masing-masing berumur 62 dan 60 tahun serta pemandu lori berumur 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Mangsa meninggal dunia disahkan pegawai perubatan di lokasi dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu. 

Terdahulu, BBP Lahad Datu menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan membabitkan Myvi, lori 10 tan sebuah Hilux kira-kira pukul 2.34 petang sebelum sepasukan lapan anggota bersama jentera digegaskan ke lokasi kejadian.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills