PKR Batu Sapi kutuk tindakan bakar karikatur PM Anwar

SANDAKAN – PKR Cabang Batu Sapi mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir mahasiswa dan anak muda yang membakar karikatur Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim dalam bentuk protes baru-baru ini.

Ketua Cabang Batu Sapi, Aris Remigius berkata, tindakan itu bukan sahaja biadab malah langsung tidak mencerminkan budaya intelektual yang seharusnya menjadi ciri utama mahasiswa.

“Tindakan sedemikian menunjukkan tahap kebencian politik yang melampau dan tidak sihat dalam kalangan generasi muda.

“Sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan demokrasi kita harus menyuarakan pandangan secara berhemah, beradab dan bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, prinsip kebebasan bersuara tidak seharusnya disalahgunakan untuk menghina, mengaibkan atau mencemarkan maruah pemimpin negara.

“Apatah lagi, tindakan membakar karikatur Perdana Menteri yang sah dipilih secara demokrasi adalah suatu simbol penghinaan yang keterlaluan,” katanya.

Aris turut menyeru semua pihak khususnya golongan muda agar kembali kepada semangat wacana sihat dan membina, bukannya mengapi-apikan kebencian yang mampu memecahbelahkan perpaduan negara.

“Mahasiswa perlu tampil sebagai agen perubahan berilmu dan bermaruah, bukan menjadi alat kepada agenda politik sempit yang merosakkan nilai tatasusila dan keharmonian masyarakat,” katanya lagi.

Tambah beliau, kepimpinan Perdana Menteri ketika ini sedang berusaha keras memulihkan negara pasca-pandemik melalui pelbagai dasar reformasi yang inklusif.

Ujarnya, ruang perlu diberi kepada kerajaan untuk meneruskan usaha membina semula negara, bukan menjatuhkannya melalui tindakan tidak bertamadun.

Related Posts

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

KERAJAAN perlu menjelaskan dengan tuntas apakah peruntukan undang-undang yang menjadi sandaran untuk melaksanakan keputusan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak. Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, persoalan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

PEMBATALAN pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menghidupkan kembali persoalan mengenai kaedah penyelesaian krisis adat yang pernah disebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

Prestasi bekalan elektrik Sabah meningkat ketara selepas ambil alih kawal selia

Prestasi bekalan elektrik Sabah meningkat ketara selepas ambil alih kawal selia

Kemeriahan sukan air dan warisan komuniti sedia warnai Regatta Subis @ Niah 2026