[VIDEO] 34 tahun tadbir negeri, masih ada rakyat Kelantan minum air keruh anak sungai

GUA MUSANG: Meskipun sudah 34 tahun Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh Pas mentadbir negeri ini sejak tahun 1990 namun, masih ada penduduk yang terpaksa bergantung hidup dengan sumber air sungai yang keruh berkeladak untuk kegunaan aktiviti harian termasuk makan dan minum.

Masalah bekalan air terawat di Kelantan sinonim dengan Kerajaan Negeri dan terus berlarutan sejak sekian lama seolah-olah tiada titik noktah.

Tinjauan wartawan The Malaysia Press di Kampung Limau Kasturi mendapati kira-kira 19 keluarga mendakwa terpaksa menggunakan air sungai tidak terawat sejak sekian lama.

Bukan itu sahaja, penduduk juga terpaksa menadah air hujan untuk disalurkan ke dalam kolah simpanan ketika musim tengkujuh disebabkan air daripada anak sungai selebar satu hingga dua meter yang digunakan mereka tidak dapat digunakan kerana keruh dan berkeladak terutama ketika hujan.

Seorang penduduk, Abdul Rahman Harun, 70, berkata, sejak puluhan tahun penduduk terpaksa membuat sendiri pam air berhampiran kira-kira 2 meter dari anak sungai berkenaan sebagai inisiatif demi mendapatkan bekalan air.

“Keadaan ini telah lama malah sudah lebih 30 tahun kami menggunakan air sungai dan lebih menyedihkan apabila berlaku hujan air menjadi keruh.

“Malah melalui sungai itu juga terdapat najis-najis binatang termasuk sampah sarap turut ada. Namun kami terpaksa walaupun bimbang akan risiko kesihatan kehidupan penduduk di sini,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, meskipun permohonan sentiasa dibuat namun pihak terbabit memberi maklum balas dengan mengatakan pelbagai alasan.

Sementara itu, Abdul Rahman Hamat, 70, berkata, setelah rayuan dilakukan pihak terbabit terus memberi alasan bahawa air tidak mampu untuk dinaikan kerana alasan tempat tinggi.

Katanya, beliau sebagai orang yang telah lama melalui keperitan itu mengharapkan agar sumber bekalan air bersih dapat diberikan kepada penduduk terlibat.

“Semua tempat telah maju malah ada perubahan jadi saya bersama penduduk di sini amat mengahrapkan agar perubahan juga dapat kami rasakan terutama melibatkan sumber bekalan air yang bersih,” katanya.

Related Posts

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam
  • AdenAden
  • September 5, 2026

IPOH – Seorang lelaki yang ditetak dengan parang hingga cedera parah oleh sekumpulan lelaki, di sini pada Selasa lalu disyaki berpunca daripada dendam dan tidak puas hati terhadap mangsa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

  • By Fatin
  • September 7, 2026
Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200