AMK Sabah sokong Gempur Rasuah, kecam tindakan bakar karikatur PMX

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyokong penuh terhadap mana-mana usaha rakyat yang memperjuangkan integriti, ketelusan dan pembanterasan rasuah termasuk demonstrasi Gempur Rasuah 2.0 .

Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Mohd Nur Hilmie Milus, semangat untuk menentang penyelewengan dan menuntut keadilan adalah sebahagian daripada denyut nadi perjuangan reformasi yang menjadi asas penubuhan PKR.

Bagaimanapun, AMK Sabah menyelar tindakan membakar lukisan karikatur yang menyerupai wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aksi tersebut.

“Tindakan seperti ini bukan sahaja tidak matang dan tidak beradab malah bertentangan dengan semangat serta sejarah panjang perjuangan PMX sendiri dalam menentang rasuah dan salah guna kuasa sejak 1998,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Tambahnya, Perdana Menteri merupakan antara tokoh politik paling konsisten dan berani dalam membanteras budaya rasuah bukan hanya melalui ucapan tetapi menerusi pelaksanaan pelbagai reformasi institusi dan dasar ketelusan fisikal di bawah Kerajaan Perpaduan MADANI.

AMK Sabah menegaskan bahawa desakan rakyat haruslah dibuat secara berhemah, berfakta dan membina bukannya dengan memperlekeh simbol pemimpin yang sedang menggerakkan perubahan dalam pentadbiran negara.

“Kami kekal komited menjadi suara progresif anak muda yang memperjuangkan antirasuah, reformasi institusi dan pembinaan Malaysia yang adil dan bersih.

“Namun, ia mesti dilakukan dengan pendekatan yang berprinsip dan tidak bermain dengan retorik jalanan,” katanya.

Tegasnya, musuh utama adalah rasuah, bukannya mencipta musuh baharu.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan