Kerajaan Sabah terus bela nasib penjaja kecil, tepis kebimbangan dasar baharu

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus membela nasib peniaga dan penjaja kecil meskipun wujud kebimbangan terhadap dasar baharu yang berpotensi dilihat boleh mengancam mereka.

Menurut Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, setiap dasar yang akan dilaksanakan mestilah menyediakan ‘jaringan perlindungan’ kepada peniaga dan penjaja kecil di Sabah bagi meringankan beban mereka.

Terdahulu, Mesyuarat Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di Putrajaya turut membincangkan pelbagai isu melibatkan penjaja, peniaga kecil dan perusahaan kecil.

“Saya mewakili Sabah untuk menyuarakan cabaran dan tekanan yang sedang dihadapi oleh golongan ini, khususnya dari Sabah, serta meminta YB Menteri untuk membawa isu ini ke perhatian Jemaah Menteri Persekutuan.

“Contohnya, isu tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang hangat dibahaskan sebelum ini, walaupun Kerajaan Persekutuan sudah menyatakan bahawa tiada sebarang sekatan akan dikenakan terhadap peniaga dan penjaja kecil.

“Namun kebimbangan tetap wujud kerana kelihatan semakin banyak dasar yang sedang dirancang berpotensi menjadikan peniaga kecil di Sabah semakin terancam,” kongsinya menerusi kenyataan di laman Facebook pada Khamis.

Tambahnya, kebimbangan dalam kalangan usahawan kecil di Sabah terus meningkat susulan pelaksanaan beberapa dasar baharu yang dilihat memberi tekanan kepada golongan peniaga dan penjaja kecil.

“Ini belum termasuk isu peluasan senarai cukai jualan (SST), kebimbangan terhadap pelaksanaan ‘E-invoicing’ serta peningkatan kos akibat dasar-dasar baharu.

“Di Sabah, majoriti syarikat adalah usahawan kecil.

“Oleh itu, kerajaan perlu melipatgandakan usaha untuk memberi perhatian khusus kepada peniaga dan penjaja kecil dan memastikan nasib mereka terus dibela,” ujarnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok