SPRM guna teknologi tingkat kecekapan siasatan, pencegahan rasuah

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini giat memperluaskan penggunaan teknologi dalam usaha mempertingkatkan kecekapan siasatan dan pencegahan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya tidak hanya menggunakan teknologi sedia ada, tetapi juga giat membangunkan sistem yang dapat menyokong pelaksanaan tugas penguatkuasaan.

“SPRM sudah menggunakan teknologi secara meluas namun pada masa sama giat membangunkan sistem agar kerja-kerja penguatkuasaan pencegahan rasuah dapat dijalankan dengan lebih efisyen dan berimpak tinggi.

“Penggunaan teknologi yang meluas juga banyak membantu memudahkan kerja-kerja perisikan dan penyiasatan,” katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Teknologi, Pengurusan dan Kelestarian (ICTMS 2025) di UiTM Cawangan Kota Kinabalu, di sini pada Rabu.

Jelasnya, penggunaan teknologi juga dapat singkatkan tempoh masa pelaksanaan iaitu antara tiga hingga enam bulan berbanding sebelum ini yang mengambil masa lama.

Mengulas mengenai ICTMS 2025, beliau berkata, pembentangan dalam persidangan ini menyerlahkan pelaksanaan dan integrasi teknologi digital yang semakin meluas.

“la seperti teknologi kecerdasan buatan (Al) dan Blockchain ke dalam proses kerja serta sektor seperti percukaian, e-dagang dan pelaporan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Inovasi ini membawa potensi besar daripada meningkatkan kualiti audit sehinggalah memudahkan pematuhan namun, ia juga membuka ruang baharu kepada rasuah, penipuan dan penyalahgunaan amanah jika tiada kawalan,” ujarnya.

Tambahnya, usaha pencegahan rasuah tidak hanya bergantung kepada teknologi, tetapi memerlukan gabungan antara sistem yang kukuh dan nilai etika yang tinggi dalam kalangan pelaksana.

Related Posts

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti