Rasionalisasi subsidi RON95 persiapan untuk pelaksanaan cukai karbon

PUTRAJAYA – Pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 yang dijadualkan pada separuh kedua tahun ini, adalah antara langkah awal diambil kerajaan sebelum melaksanakan cukai karbon tahun depan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah pembaharuan subsidi itu penting bagi mewujudkan asas ekonomi kukuh dan mampan sebelum mekanisme seperti cukai karbon boleh dilaksanakan secara berkesan.

“Tahun lalu, kita sudah apungkan harga diesel. Hasilnya, kita lihat perubahan tingkah laku pengguna yang ketara dan positif.

“Malaysia tidak lagi menjadi tempat untuk seludup bahan api murah.

“Tahun ini kita sasarkan RON95 pula. Apabila gangguan ini dihapuskan, barulah kita ada landasan pasaran yang betul untuk melaksanakan cukai karbon,” katanya ketika menjadi ahli panel dalam sesi bertajuk Melaksanakan Peralihan Tenaga Malaysia pada Persidangan Energy Asia 2025 di ibu negara, hari ini.

Sesi itu turut disertai Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

Ia dikendalikan Pengerusi Cypark Resources Bhd, Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai moderator, lapor Berita Harian.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, cukai karbon akan berfungsi sebagai insentif untuk memaksa industri beralih daripada aktiviti pelepasan karbon tinggi kepada penyelesaian hijau, selaras dengan komitmen negara mencapai matlamat sifar bersih.

Namun, katanya, sebelum langkah seperti itu boleh dilaksanakan, kerajaan perlu memastikan struktur asas pasaran berada dalam keadaan stabil dan bebas daripada gangguan subsidi menyeluruh yang selama ini memberi isyarat harga tidak tepat.

“Masih terdapat gangguan yang wujud dalam sistem, misalnya subsidi masih diberikan kepada sektor tenaga dan perkara utama yang kami cuba lakukan ialah mengurangkan subsidi.

“Tidak masuk akal untuk mencukai (karbon) satu pihak dan pada masa yang sama, memberikan subsidi menyeluruh untuk petrol, diesel dan sebagainya,” jelasnya.

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan akan memperkenalkan cukai karbon ke atas industri besi dan keluli serta tenaga di Malaysia menjelang 2026 bagi menggalakkan penggunaan teknologi rendah karbon.

Hasil daripada cukai itu akan dimanfaat untuk membiayai program penyelidikan dan teknologi hijau.

Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memberi jaminan bahawa infrastruktur tenaga negara kekal berdaya tahan dan mampu menampung lonjakan permintaan susulan pertumbuhan pesat pusat data dan teknologi kecerdasan buatan (AI) di negara ini.

“Pusat data dan AI adalah komponen penting dalam ekonomi digital negara, tetapi kita juga perlu bersedia dengan peningkatan mendadak dalam permintaan tenaga.

“Isu ini sering dibangkitkan, dan kita perlu memberi keyakinan kepada rakyat bahawa ia tidak akan menjejaskan bekalan elektrik kepada pengguna biasa,” katanya.

Beliau menambah, sebagai langkah awal, Perdana Menteri mengumumkan pelaburan sebanyak RM43 bilion dalam tempoh Rancangan Kawal Selia Keempat (RP4) oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB), yang akan digunakan bukan sahaja untuk menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur sedia ada, tetapi juga memastikan grid negara menjadi lebih fleksibel, pintar dan berdaya tahan.

Related Posts

Belanjawan 2027 dijangka lebih berdisiplin, fokus keutamaan ekonomi semasa

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi petunjuk bahawa Belanjawan 2027 akan disusun dengan pendekatan lebih berdisiplin dan berhemat susulan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia kekal nombor satu ekonomi Islam terbaik dunia

PUTRAJAYA – Malaysia mengekalkan daya saing peringkat global dalam pelbagai sektor ekonomi Islam dengan membuktikan keyakinan berterusan masyarakat antarabangsa terhadap kekuatan ekonomi negara. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX paling serius santuni tuntutan MA63 – Majlis Belia Sabah

PMX paling serius santuni tuntutan MA63 – Majlis Belia Sabah

PMX umum bayaran interim hasil Sabah dinaik kepada RM1.5 bilion

PMX umum bayaran interim hasil Sabah dinaik kepada RM1.5 bilion

Mustapha hargai PMX, naikkan bayaran interim pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion

Mustapha hargai PMX, naikkan bayaran interim pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion

Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang